Permohonan HPIPT Selangor 2021 (Hadiah Pengajian IPT) Online

Permohonan HPIPT Selangor 2021 (Hadiah Pengajian IPT) Online. Anda memerlukan bantuan pelajaran untuk lanjutan pengajian ke UA? Berita baik buat anak jati Selangor yang ingin membuat permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT). Untuk makluman, bagi anda yang berkelayakan boleh mohon Hadiah Pengajian IPT Selangor tahun 2021 dibuka bermula pada 1 Mac hingga 31 Mac 2021. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://hpipt.selangor.gov.my.

Permohonan HPIPT Selangor 2021 (Hadiah Pengajian IPT) Online

Hadiah Pengajian IPT merupakan hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor dari keluarga yang berpendapatan RM5,000 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan yang mengikuti pengajian peringkat sijil kemahiran tahap 4, Diploma atau Ijazah Pertama.

Permohonan HPIPT Selangor 2021 (Hadiah Pengajian IPT) Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Hadiah Pengajian IPT Selangor termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh permohonan : 1 Mac hingga 31 Mac 2021

Syarat Kelayakan Hadiah Pengajian IPT Selangor 2021

Antara syarat-syarat kelayakan program Hadiah Pengajian IPT Selangor adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;

2. Pemohon/ ibu/ bapa lahir dan menetap di Selangor;

3. Bermastautin dan bersekolah di Selangor melebihi 11 tahun;

3. Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;

4. Pemohon telah ditawarkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA/ IPTS bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Sijil Kemahiran Tahap 4;

5. Pemohon adalah pelajar tahun pertama;

6. Pemohon mempunyai SPM.

Cara Permohonan Hadiah Pengajian IPT Selangor Online

1. Pemohon boleh membuat permohonan secara online melalui laman web Sistem HPIPT https://hpipt.selangor.gov.my/

2. Pemohon yang memilih permohonan secara online perlu mencetak borang permohonan tersebut.

3. Pemohon yang memilih permohonan secara manual perlu menyemak danĀ  memastikan Borang Permohonan HPIPT telah diisi dengan lengkap sebelum mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan.

(i) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
(ii) Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
(iii) Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa Pemohon;
(iv) Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT;
(v) Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja);
(vi) Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa/ Penjag pemohon (jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK / Ketua Kampung;
(vii) Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu Bapa/ Penjaga pemohon (jika pesara Kerajaan);
(viii) Salinan muka depan dan mukasurat transaksi terakhir Buku Akaun Bank Pemohon.

4. Borang permohonan perlu dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat ;

Urus Setia HPIPT
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Urus Setia Hadiah Pengajian IPT:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S
40503 Shah Alam.
No. Tel : 03-55447385 / 03-55212306
No. Faks : 03-55104095 / 03-55110659
E-mel : hpipt@selangor.gov.my

Leave a Reply