Senarai dan Perbezaan Politeknik Premier Konvensional & METrO. Adakah anda pelajar lepasan SPM ingin melanjutkan pengajian ke UA/IPTA? Anda berminat ke politeknik-politeknik di Malaysia? Untuk pengetahuan, terdapat 3 jenis politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Premier, Konvensional dan METrO. Ketiga-ketiga jenis politeknik ini mempunyai fungsi dan tujuan yang sama untuk melahirkan graduan separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Untuk masa kini terdapat 34 buah Politeknik yang ditawarkan di seluruh negeri Malaysia yang merangkumi 3 buah Politeknik Premier, 36 buah Politeknik Konvensional dan 5 buah Politeknik Metro. Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan Politeknik secara online di portal UPU atau terus ke laman sesawang Politeknik.
Senarai dan Perbezaan Politeknik Premier Konvensional & METrO
Berikut dikongsikan adalah perbezaan Politeknik Premier, Politeknik Konvensional dan Politeknik METrO sebagai rujukan buat anda :
○ Senarai Politeknik di Malaysia & Kursus Ditawarkan
A. Politeknik Premier
Politeknik Premier adalah satu institusi IPTA yang setanding dengan Universiti Awam (UA). Politeknik Premier asalnya adalah Politeknik Konvensional yang dinaikkan taraf sama seperti universiti tempatan di Malaysia. Permohonan kemasukan Politeknik Premier perlu dibuat secara online melalui permohonan UPUOnline. Kriteria kemasukan adalah bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Di samping itu, Politeknik Premier turut menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Berikut adalah senarai Politeknik Premier :
a) Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)
b) Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)
c) Politeknik Ibrahim Sultan, Johor (PIS)
B. Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa yang diwujudkan untuk melahirkan pelajar separa profesional dalam bidang kejuteraan dan perkhidmatan. Pengambilan pelajar khususnya kepada lepasan SPM menerusi portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik atau UPUOnline.
Politeknik konvensional menawarkan program pengajian sepenuh masa atau separuh masa pada peringkat Sijil dan Diploma. Berikut senarai Politeknik Konvensional di Malaysia :
1) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
2) Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah
3) Politeknik Kota Bharu, Kelantan
4) Politeknik Kuching, Sarawak
5) Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
6) Politeknik Kota Kinabalu, Sabah
7) Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
8) Politeknik Melaka, Melaka
9) Politeknik Kuala Terengganu, Terengganu
10) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu
11) Politeknik Merlimau, Melaka
12) Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah
13) Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak
14) Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor
15) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis
16) Politeknik Muadzam Shah, Pahang
17) Politeknik Mukah, Sarawak
18) Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang
19) Politeknik Jeli, Kelantan
20) Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
21) Politeknik Banting, Selangor
22) Politeknik Mersing, Johor
23) Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu
24) Politeknik Sandakan, Sabah
25) Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor
C. Politeknik METrO
Selain Politeknik Premier dan Konvensional, terdapat juga Politeknik METrO yang ditubuhkan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang-bidang tertentu. Berikut adalah senarai Politeknik METrO di Malaysia :
a) Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
b) Politeknik METrO Kuantan, Pahang (PMKU)
c) Politeknik METrO Johor Bahru, Johor (PMJB)
d) Politeknik METrO Betong, Sarawak (PMB)
e) Politeknik METrO Tasek Gelugor, Pulau Pinang (PMTG)
Cara Permohonan Kemasukan Politeknik 2023 Online
Permohonan kemasukan ke Politeknik boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal https://upu.mohe.gov.my/ atau http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp
BACA JUGA : Semakan Syarat Kemasukan Politeknik Online