Soalan Lazim Pelantar Pembelajaran KPM MOE-DL (PdP). Apakah aktiviti anak anda lakukan di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan? Perhatian buat pelajar yang ingin menduduki sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan Pelantar MOE-DL bagi menyediakan pelbagai kelebihan kepada para guru dalam membantu meneruskan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada murid-murid. Pelantar pembelajaran MOE-DL boleh diakses melalui http://www.moe-dl.edu.my.
Pelantar MOE-DL menyediakan akses kepada buku teks digital, video pembelajaran (EduwebTV/CikgooTube), KPM Play (permainan berasaskan pendidikan secara dalam talian dan (offline), pautan aplikasi seperti WolframAlpha (enjin jawapan), dan Tinkercad (reka bentuk dan coding).
Soalan Lazim Pelantar Pembelajaran KPM MOE-DL (PdP)
Antara kelebihan pelantar MOE-DL ialah para guru boleh memuat naik bahan PdP dan tidak ketinggalan mengikut latihan atas talian.
GURU
a. Bagaimana bahan-bahan PdP boleh diakses secara dalam talian?
Log masuk http://www.moe-dl.edu.my dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan MOE-DL yang telah dibekalkan oleh KPM melalui JPN dan PPD.
b. Siapakah yang boleh dihubungi jika terdapat masalah berkaitan ID MOE-DL?
Admin di sekolah.
c. Jika bahan-bahan tersebut tidak dapat diakses, siapakah yang boleh dihubungi?
Talian Helpdesk: 03-8000 8000, atau e-mel kepada bstp-gchelpdesk@moe-dl.edu.my/ gchelpdesk@moe-dl.edu.my.
d. Bolehkah semua bahan-bahan tersebut dimuat turun tanpa had?
Ya.
e. Bolehkah bahan-bahan yang disediakan sendiri dikongsi dalam pelantar MOE DL?
Ya. Guru boleh berkongsi bahan PdP di Menu Guru dalam Ruang Ilmu
f. Adakah bahan-bahan pembelajaran ini boleh diakses secara percuma?
Ya.
g. Dimanakah aplikasi dan sumber bahan PdP semasa situasi seperti COVID-19 bagi
mengadakan kelas pembelajaran maya boleh diperoleh?
Pelantar Pembelajaran Digital khususnya di ruang (site) Pembelajaran Digital@rumah (COVID-19) dalam menu guru.
h. Apa yang ada dalam ruang Pembelajaran Digital@rumah (COVID-19) dalam menu guru?
Pautan aplikasi untuk PdP digital guru (Google dan Microsoft), Belajar Kendiri (Infografik & poster, Webinar Google dan Microsoft), Panduan mengajar (Video), perkongsian bermakna-sharing is caring (Ruang Ilmu), Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Buku Teks Digital) dan KPM Play (Gamifikasi).
MURID
a. Adakah KPM menyediakan bahan-bahan pembelajaran secara dalam talian?
Ya, melalui portal MOE-DL – http://www.moe-dl.edu.my.
b. Bagaimana saya dapat akses kepada bahan-bahan tersebut?
Log masuk http://www.moe-dl.edu.my dengan menggunakan ID pengguna murid dan kata laluan MOE-DL yang telah diedarkan oleh guru kelas.
IBU BAPA
a. Bolehkah ibu bapa akses kepada bahan-bahan pembelajaran?
Ibu bapa boleh mengakses EduwebTV melalui pautan http://eduwebtv.moe.edu.my/ dan video CikgooTube melalui pautan http://bit.ly/cikgootube
b. Adakah bahan pembelajaran ini boleh diakses sepanjang masa atau pada waktu
tertentu sahaja?
Boleh diakses sepanjang masa.