Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam (Subsidi RM300)

Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam (Subsidi RM300). Berita baik buat pelajar yang menuntut di Universiti Awam. Untuk makluman, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula daripada 15 Ogos 2023 melalui kaedah pemberian credit shell di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam (Subsidi RM300)

Pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan ini dapat mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan kos keseluruhan yang dianggarkan berjumlah RM16.8 juta.

Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam (Subsidi RM300)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar IPT termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Tarikh: Bermula 15 Ogos 2023

Syarat Kelayakan Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam

Antara syarat-syarat bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:

a. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut:

  • Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
  • berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak;

b. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan).

c. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline.

d. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan RM300 Bagi Pelajar Universiti Awam

Cara Mohon Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam

Untuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, para pelajar universiti awam perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:

1. Pelajar perlu membuat semakan kelayakan melalui laman web Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan nanti. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui universiti masing-masing.

2. Pelajar perlu membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.

3. Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

4. Anda perlu menggunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.

Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam (Subsidi RM300)

Contoh Penggunaan Baucar Subsidi Penerbangan

Permohonan Bantuan Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam (Subsidi RM300)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 1800-88-7723 atau emel ke aduan@mot.gov.my.

Sumber: MOT

Leave a Reply