Syarat Kemasukan UKM Lepasan STAM/ STPM 2021

Syarat Kemasukan UKM Lepasan STAM/ STPM 2021. Berminat melanjutkan pengajian ke UKM? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 2020/2021. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UKM bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk kemasukan Februari 2021 boleh dibuat terus ke laman portal UKM.

Syarat Kemasukan UKM Lepasan STAM/ STPM 2021

Universiti Kebangsaan Malaysia atau singkatan UKM merupakan salah satu Universiti Awam terbaik di Malaysia. Kampus utama USM terletak Di Bangi, Selangor. Pada masa ini, UKM menawarkan sebanyak lebih 70 program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda daripada 13 buah Fakulti.

Syarat Kemasukan UKM Lepasan STAM/ STPM 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Kebangsaan Malaysia termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Khas Program Kemasukan UKM

A. FAKULTI UNDANG-UNDANG

Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian

i. Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran berikut Kimia, Biologi, Fizik, Perkomputeran, Matematik S/Matematik T/Matematik Lanjutan T dan;
ii. Sekurang-kurangnya Tahap 3 (Band 3) dalam Malaysian University English Test (MUET);
iii. Lulus dengan sekurang-kurangnya 6C mata pelajaran Bahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya 7D Bahasa Inggeris 1119 di peringkat SPM;
iv. Lulus dengan sekurang-kurangnya 8E mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM.

B. FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sains Politik)

i. Kepujian sekurang-kurangnya dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM;
ii. Keutamaan diberi kepada calon yang memperolehi STPM atau kelayakan lain yang setaraf;
iii. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan;

C. FAKULTI PERUBATAN

Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian

Lulus dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran berikut Kimia, Biologi, Fizik, Perkomputeran, Matematik S/Matematik T/Matematik Lanjutan T dan;

D. FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian

i. Kepujian sekurang-kurangnya dalam lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM;
ii. Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang yang berkaitan;

E. FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Kepujian (Usuluddin & Falsafah)

i. Lulus SPM dan Sijil Menengah Agama atau lulus Diploma yang berkaitan;
ii. Lulus dengan Kepujian satu (1) mata pelajaran lain di peringkat SPM;
iii. Pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebagai Guru Agama atau bidang-bidang yang berkaitan

Nota: Untuk maklumat lanjut tentang syarat kemasukan bagi lepasan SPM, STPM/ Setaraf dan Diploma boleh terus ke laman https://www.ukm.my/portal/ug-admission-requirements/

Sebarang keterangan lanjut mengenai program pengajian boleh dikemukakan kepada:

Timbalan Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor.

No. Tel : 03-89214126 / 3084 / 3036 / 5039
No. Faks : 03-89250662
E-mail : akad@pkrisc.cc.ukm.my
Laman Web : https://www.ukm.my/

Leave a Reply