Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2024 ISMP Online (Semakan). Bilakah tarikh Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dibuka? Berita baik buat bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA). Untuk makluman, permohonan ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan dan berminat untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 24 Mac hingga 21 April 2023 menerusi laman web https://epenawaran.moe.gov.my.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa semua pelajar yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam.
Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2024 ISMP Online (Semakan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh permohonan : 24 Mac hingga 21 April 2023
Syarat Kelayakan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2023
Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan adalah seperti berikut :
A. Syarat Umum
1. Calon adalah Warganegara Malaysia;
2. Umur calon tidak melebihi dua puluh lima (25) tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan);
3. Calon adalah pelajar Fakulti Pendidikan di UA yang sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang ditetapkan
oleh KPM;
4. Calon belum menerima sebarang tawaran biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja;
5. Calon bersedia melepaskan tajaan sedia ada sekiranya ditawarkan biasiswa ISMP oleh KPM;
6. Calon sihat tubuh badan;
7. Calon aktif dalam kegiatan kokurikulum;
8. Calon bukan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
B. Syarat Asas Akademik
1. Calon memiliki sijil penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam;
2. Calon mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (peperiksaan bertulis dan Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
3. Calon LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Calon mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini (semester 1 atau 2 sahaja) di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
5. Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Nota : Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan pertama perlu LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga sebelum ditawarkan biasiswa ini.
Senarai Bidang Pengajian/ Pengkhususan
Bahasa Melayu
i. Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian
ii. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian
iii. Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Bahasa Malaysia)
Bahasa Inggeris
i. Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
ii. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
iii. Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
iv. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan TESL)
v. Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian
vi. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua) (TESL) Dengan Kepujian
vii. Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (TESOL)
viii. Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Dengan Kepujian
ix. Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
Cara Permohonan Biasiswa ISMP 2023 Online
Permohonan biasiswa ISMP ini dibuka setahun sekali menerusi laman web https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm
Nota : Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan atau mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.
Semakan Keputusan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2024
Semakan status permohonan ISMP akan dimaklumkan menerusi laman web MOE.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Aras 2, No. 2 Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya
Web: https://epenawaran.moe.gov.my
No. Tel: 03-8870 4020 / 6000 / 6373 / 6442 / 4961 / 6338 / 6361
No. Faks: 03-8870 6839
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT