Syarat Kemasukan UMK 2025 Universiti Malaysia Kelantan (Courses)

Syarat Kemasukan UMK 2025 (Universiti Malaysia Kelantan). Berminat menyambung pengajian di UMK? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, Asasi, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ambilan 2025. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UMK bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk kemasukan Februari 2025 boleh dibuat terus ke laman portal UMK.

Syarat Kemasukan UMK 2024 (Universiti Malaysia Kelantan)

Universiti Malaysia Kelantan atau singkatan UMK merupakan salah satu Universiti Awam di Malaysia yang terletak di Kelantan. Kampus utama UMK terletak di Bachok, Kelantan. Terdapat 7 fakulti yang menawarkan pelbagai program pengajian di UMK antaranya aitu Fakulti Industri Asas Rani, Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Fakulti Sains Bumi, Fakulti Seni Bina dan Ekistik, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Fakulti Perubatan Veterinar dan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan.

Syarat Kemasukan UMK 2025 (Universiti Malaysia Kelantan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Kelantan termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Khas Program Kemasukan UMK

Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut iaitu Perakaunan / Ekonomi / Pengajian Perniagaan; dan mana-mana SATU mata pelajaran lain tidak termasuk Pengajian Am;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam LIMA (5) mata pelajaran termasuk mata pelajaran berikut iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik

Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dengan Kepujian

i. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut iaitu Biology; dan mana-mana SATU (1) daripada matapelajaran berikut iaitu Fizik, Kimia dan Matematik.
ii. Calon yang tidak mempunyai kelulusan mata pelajaran Matematik Tambahan pada peringkat STPM hendaklah lulus dengan kepujian matapelajaran Matematik Tambahan pada peringkat SPM.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik.

Nota : Untuk dapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan boleh terus ke laman https://www.umk.edu.my/index.php/en/undergraduate/local/admission-requirement

Permohonan Kemasukan UMK 2025 Online

Permohonan ini boleh dibuat secara UPUOnline atau terus ke https://www.umk.edu.my/en/

Untuk makluman lanjut tentang kemasukan Universiti Malaysia Kelantan, sila hubungi ;

Universiti Malaysia Kelantan,
16300 Bachok
Kelantan
No. Tel: +609-771 7000/ +609-779 7400/ +609-779 7000
Website: http://www.umk.edu.my/

BACA JUGA: Permohonan Kemasukan UMK

One Response

Leave a Reply