Syarat Kemasukan UMT 2025 Lepasan STPM/ Diploma & Ijazah

Syarat Kemasukan UMT 2025 Lepasan STPM/ Diploma & Ijazah. Berminat menyambung pengajian di UMT? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, STAM, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ambilan 2025. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke UMT bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk ambilan Februari 2025 boleh dibuat terus ke laman portal UMT.

Syarat Kemasukan UMT 2023 (Universiti Malaysia Terengganu)

Universiti Malaysia Terengganu atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) merupakan salah satu Universiti Awam di Malaysia yang terletak di Terengganu. Kampus utama UMT terletak di Kuala Nerus, Terengganu. UMT menawarkan pendidikan bertaraf tinggi melalui program siswazah dan pelajar sarjana yang melibatkan Kajian dan Pembangunan dalam bidang Sains Pertahanan dan Pengurusan serta Sains Maritim dan Teknologi.

Syarat Kemasukan UMT 2025 Lepasan STPM/ Diploma & Ijazah

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Malaysia Terengganu termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Khas Program Kemasukan UMT

Sarjana Muda Perakaunan/ Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam)

i. Bagi calon lepasan STPM tahun 2019 atau sebelumnya mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut iaitu Ekonomi, Perakaunan dan Pengajian Perniagaan.
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran Mathematics S.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik.
iv. Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Sarjana Muda Kaunseling

i. Bagi calon lepasan STPM tahun 2006 atau sebelumnya mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Mathematics S pada peringkat STPM.
ii. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Matematik.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya lulus pada peringkat SPM dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Nota: Untuk dapatkan maklumat terkini tentang syarat kemasukan boleh terus ke laman http://www.umt.edu.my/

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi di talian ;

Pengarah
Jabatan Pengurusan Akademik (JPA)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Nerus
Terengganu, MALAYSIA

No. Tel : +609-668 4219 / 4532
No. Faks : +609-668 4143
Emel : akademik@umt.edu.my
Laman Web : https://www.umt.edu.my/

Leave a Reply