Syarat Kemasukan USM Lepasan Matrikulasi/ STPM/ Diploma 2020

Syarat Kemasukan USM Lepasan Matrikulasi/ STPM 2020. Berminat melanjutkan pengajian ke USM? Panduan buat pelajar lepasan Matrikulasi, STPM dan Diploma yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 2020/2021. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke USM bagi program Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Muda (Masters) untuk kemasukan September 2020 boleh dibuat terus ke laman portal USM.

Syarat Kemasukan USM Lepasan Matrikulasi/ STPM 2020

Universiti Sains Malaysia atau singkatan USM merupakan salah satu Universiti Awam terbaik di Malaysia. Kampus utama USM terletak di George Town, Pulau Pinang. Terdapat tiga buah kampus lain iaitu sebuah di Seberang Perai dan sebuah lagi di Kelantan dan sebuah kampus luar negara yang menawarkan kursus sains perubatan di Uttar Pradesh, India. USM juga merupakan sebuah daripada lima universiti yang bertaraf universiti penyelidikan intensif di Malaysia.

Syarat Kemasukan USM Lepasan Matrikulasi/ STPM 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang syarat kemasukan ke Universiti Sains Malaysia termasuk memaparkan syarat am dan khas akademik bagi lepasan SPM dan STPM :

Syarat Am Kemasukan USM

KATEGORI A
i. CALON DIPLOMA
Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau setaraf.

KATEGORI B
a. CALON STP/HSC/STPM (tahun 2002 dan sebelumnya)
i. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred E dalam mana-mana dua (2) matapelajaran Kajihayat / Biologi / Fizik / Kimia / Pengkomputeran / Matematik atau Matematik Lanjutan dan yang berkaitan
ii. Sekurang-kurangnya Gred E dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred E serta dua (2) Gred R dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti di atas.

B. CALON STPM (mulai tahun 2003)
i. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan mendapat
sekurang-kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan Gred C dalam
mana-mana dua (2) mata pelajaran Kajihayat / Biologi / Fizik / Kimia / Pengkomputeran / Matematik atau Matematik Lanjutan dan yang berkaitan
ii. Sekurang-kurangnya Gred C dalam Pengajian Am/Kertas Am dan satu (1) Gred C serta dua (2) Gred C- dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran seperti di atas.

C. CALON LEPASAN MATRIKULASI
i. Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-
kurangnya PNGK 2.00.
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran pengkhususan
yang di pohon dan satu (1) mata pelajaran lain. Pecahan syarat mengikut pengkhususan adalah seperti berikut.

Syarat Khas Program Kemasukan USM

DIPLOMA KEJURURAWATAN

i. Lulus SPM dengan lima (5) Kepujian;
ii. Mendapat Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mathematics / Additional Mathematics.
iii.Mendapat Kepujian dalam mana‐mana satu (1) matapelajaran berikut Science, Biology, Chemistry, Physic, Applied Science
iv. Mendapat Kepujian dalam mana‐mana satu (1) matapelajaran lain.
v. Cemerlang dalam penilaian temuduga.

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN)

i. Calon-calon mestilah lulus Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Persekolahan Vokasional Malaysia (SPM/MCE/SPVM) atau yang setaraf dengan mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia.
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

Nota: Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang syarat kemasukan USM bagi program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana sila terus ke laman http://www.admissions.usm.my.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program di Universiti Sains Malaysia sila hubungi :-

Puan Mazula Sabudin
Ketua Penolong Pendaftar
Unit Kemasukan & Pengambilan
Bahagian Pengurusan Akademik
Aras 5, Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang.

No. Tel: 04-6533329, 6533478, 6533059, 6532688, 6533327, 6533141, 6533072, 6533073
No. Faks: 04-6533328
email: admissions@notes.usm.my
Laman Web: https://www.usm.my/index.php/ms/

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan USM 2020

Leave a Reply

%d bloggers like this: