Ujian Kemahiran Menaip & Kemahiran Trengkas 2025 Online

Ujian Kemahiran Menaip & Kemahiran Trengkas 2025 Online. Anda ada pernah mohon jawatan kosong kerajaan secara online? Sudah pastinya akan terlihat perkataan kemahiran trengkas dan kemahiran menaip. Tapi di antara mereka ada yang tidak faham apa kemahiran trengkas dan kemahiran menaip? Sebenarnya, kemahiran trengkas boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja kerana ianya mudah dan cepat. Terdapat banyak kegunaan yang boleh dilakukan terutamanya untuk pekerjaan seperti setiausaha, pemberita dan sebagainya. Tambahan lagi, ia juga digunakan untuk mengisi borang kerja kerajaan dimana dinyatakan kelajuan menaip dan kelajuan trengkas.

Ujian Kemahiran Menaip & Kemahiran Trengkas 2023 Online

Ujian Kemahiran Menaip & Kemahiran Trengkas 2025 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang maksud Kemahiran Trengkas dan Kemahiran Menaip termasuk memaparkan cara kemahiran menaip :

Maksud Kemahiran Trengkas dan Kemahiran Menaip

Kemahiran Trengkas adalah kemahiran menaip (typing) dengan menggunakan singkatan atau simbol tertentu. Ia merupakan tulisan singkatan atau istilah  shortform dan diuji dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Kemahiran Menaip pula adalah kemahiran seseorang itu menaip dengan lancar dan cepat tanpa ada kesalahan. Kepantasan menaip diukur berdasarkan Perkataan Per Minit (P.S.M).

Cara Menguji Tahap Kemahiran Menaip

Bagi anda yang nak uji cara menaip boleh dibuat secara online di laman web https://typing-speed-test.aoeu.eu/. Ia merupakan satu sistem untuk uji Typing Speed Test.

Manakala untuk menguji Kemahiran Trengkas setakat ini tidak disediakan laman web khas untuk diuji.

Leave a Reply