Permohonan USAS 2023 (Universiti Sultan Azlan Shah) Online

Permohonan USAS 2023 (Universiti Sultan Azlan Shah). Bilakah tarikh permohonan USAS ambilan 2023 dibuka? Perhatian buat lepasan SPM/ STPM dan Matrikulasi yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ambilan 2023. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke USAS bagi program Asasi dibuka pada 8 November 2022 hingga 13 Januari 2023 manakala Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pada 2 November 2022 hingga 10 Februari 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi USAS.

Permohonan USAS 2023 (Universiti Sultan Azlan Shah) Online

Universiti Sultan Azlan Shah atau ringkasnya USAS merupakan sebuah universiti swasta (IPTS) yang milik sepenuhnya Kerajaan Perak di Malaysia. Lokasi kampus utama USAS adalah terletak di Kuala Kangsar, Perak. Antara peringkat pengajian yang ditawarkan di Universiti Sultan Azlan Shah seperti Asasi, Diploma Ijazah Sarjana Muda, Masters dan Ijazah Doktor Falsafah.

Permohonan USAS 2023 (Universiti Sultan Azlan Shah)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke Universiti Sultan Azlan Shah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 8 November 2022 – 13 Januari 2023 (Asasi), 2 November 2022 – 10 Februari 2023 (Diploma & Ijazah Sarjana Muda)

Syarat Kemasukan Universiti Sultan Azlan Shah 2023

Antara syarat-syarat kemasukan minimum USAS adalah seperti berikut :

Senarai Program Kemasukan USAS

Untuk info lanjut tentang program kemasukan USAS boleh ke pautan https://www.usas.edu.my/programme_offered/

Cara Permohonan Universiti Sultan Azlan Shah Online

1. Pemohon hendaklah layari ke laman web USAS http://online.usas.edu.my/

2. Klik Warganegara Malaysia (untuk pelajar tempatan)

3. Log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

4. Kemudian, isikan maklumat diri anda dengan lengkap seperti No. Kad Pengenalan, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan, Nama Penuh dan No. Telefon.

5. Selepas borang siap diisi, klik pada butang “Daftar”.

Semakan Keputusan Permohonan USAS

Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui emel atau laman web http://online.usas.edu.my.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

Universiti Sultan Azlan Shah,
Bukit Chandan, Bukit DiRaja,
33000 Kuala Kangsar, Perak

No. Tel: 05 – 7732323
Emel: kemasukan@usas.edu.my

Leave a Reply

%d bloggers like this: