Permohonan UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA 2019/2020 (CBBDPBKP)

Permohonan UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA 2019/2020 (CBBDPBKP). Adakah anda penjawat awam yang berjaya dalam program tajaan JPA Cuti Belajar Bergaji Penuh Dalam Perkhidmatan Bagi Kumpulan Pelaksana (CBBDPBKP) sesi 2019/2020? Panduan buat pemohon khususnya penjawat awam program tajaan JPA yang ingin membuat permohonan UPUOnline Penjawat Awam sesi 2019-2020. Untuk makluman menerusi portal rasmi UPU, pemohon boleh membuat permohonan UPUOnline bagi program tajaan JPA di portal rasmi UPU (upu.mohe.gov.my). Permohonan boleh dibuat secara online bermula daripada 1 Mac 2018 hingga 10 April 2018. Pemilihan adalah tertakluk kepada keperluan memenuhi syarat am dan khas yang ditetapkan oleh Senat UA masing-masing.

Permohonan UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA 2019/2020 (CBBDPBKP)

Permohonan UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA 2019/2020 (CBBDPBKP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Permohonan UPUOnline bagi Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP) 2019/2020 termasuk syarat  kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Permohonan UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP)

1. Hanya penjawat awam yang ingin memohon program Ijazah Sarjana Muda di UA dan Diploma di UA/ Politeknik Premier perlu kemukakan permohonan melalui UPUOnline.

2. Bagi penjawat awam yang berminat untuk memohon kemasukan program Diploma di Politeknik Konvensional/ METrO perlu memohon terus ke Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik.

3. Penjawat awam yang berjaya dalam tajaan JPA CBBDPBKP bagi program Sijil / Diploma (TVET) peru memohon terus ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Pusat Bertauliah yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Cara Permohonan Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP) 2019/2020 Online

1. Pemohon perlu layari ke laman web UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/.

2. Anda dikehendaki untuk melakukan Daftar Akaun Baru bagi membolehkan anda melakukan permohonan kemasukan ke Univesiti Awam (UA) / Politeknik.

3. Sekiranya anda telah mendaftar, sila Log Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan semasa Daftar Akaun Baru dibuat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi di talian helpline UPU (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

BACA JUGA : Semakan Keputusan UPUOnline Penjawat Awam 2018 Online (CBBDPBKP)

Selamat membuat Permohonan UPUOnline Penjawat Awam Program Tajaan JPA (CBBDPBKP) 2019/2020. Semoga anda berjaya tawaran kemasukan ke Universiti Awam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: