Cara Buat Tandatangan PDF Online Di Telefon

Cara Buat Tandatangan PDF Online Di Telefon. Nak buat tandatangan digital pada dokumen PDF anda? Kebiasaannya kita pernah membuat tandatangan di atas kertas dan ianya sangat mudah sekali. Namun bagaimana pula untuk tandatangan dokumen secara digital di PDF? Untuk makluman, kini terdapat beberapa aplikasi digital iaitu SmallPDF dan Microsoft Office yang menyediakan kemudahan untuk tandatangan dokumen pada PDF secara online sahaja.

Cara Buat Tandatangan PDF Online Di Telefon

Tandatangan elektronik adalah hampir sama dengan versi digital dimana ianya tandatangan tulisan tangan anda. Apabila dokumen elektronik memerlukan tandatangan, anda akan melihat medan tandatangan yang diserlahkan sebagai “isi & tandatangan” yang boleh diubah semula.

Cara Buat Tandatangan PDF Online Di Telefon

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tandatangan elektronik di PDF termasuk memaparkan aplikasi dan cara guna:

A. Guna Aplikasi SmallPDF

1. Sila muat turun aplikasi https://smallpdf.com/ secara percuma.

2. Muat naik PDF anda ke e-Tandatangan Smallpdf.

3. Buat e-tandatangan baharu untuk diletakkan pada dokumen anda.

4. Tambah teks dan tarikh jika perlu.

5. Klik “Selesai & Tandatangan”, kemudian muat turun atau kongsi dokumen anda yang ditandatangani.

B. Guna Aplikasi Microsoft Office

1. Sila muat turun aplikasi Microsoft Office di Play Store.

2. Klik pada bahagian Actions dan pilih ‘Sign a PDF’.

3. Klik ikon browse dan pilih dokumen.

4. Sentuh pada bahagian yang perlu ditandatangan.

5. Buat tandatangan anda pada ruangah disediakan.

6. Tekan butang pada penjuru kanan untuk letak tandatangan. Saiz boleh diubah mengikut kesesuaian anda.

sumber: https://www.mcmc.gov.my/ms/sectors/digital-signature

Leave a Reply