Cara Kecilkan Saiz Gambar Online (JPEG, PNG, PDF). Nak kecilkan saiz gambar secara online? Panduan buat pengguna yang ingin membuat permohonan kerja kosong atau mengisi borang UPU. Pernah anda alami tak apabila ingin memuat naik gambar tetapi saiz gambar yang ingin di muat turun melebihi yang ditetapkan. Sudah pastinya ia memberi kesukaran kepada pengguna yang ingin memohon kerja secara dalam talian. Untuk memudahkan anda, admin ingin kongsikan cara mengecilkan saiz gambar dalam bentuk JPEG, PNG dan PDF.
Cara Kecilkan Saiz Gambar Online (JPEG, PNG, PDF)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kecilkan saiz gambar dalam bentuk JPEG, PNG dan PDF :
Apa Itu JPEG, PNG, PDF?
Joint Fotography Expert Graphics (JPEG) merupakan satu kaedah pemampatan hilang yang biasa digunakan untuk imej digital, terutamanya bagi imej yang dihasilkan oleh fotografi digital. JPEG biasanya mencapai 10:1 mampatan dengan sedikit kehilangan dapat dilihat dalam kualiti imej.
Portable Network Graphics (PNG) merupakan format fail grafik raster yang menyokong pemampatan data tanpa kehilangan. PNG dicipta sebagai pengganti dimana ia penggantian yang tidak dipatenkan untuk Graphic Interchange Format (GIF).
Portable Document Format (PDF) merupakan satu format fail yang digunakan untuk membentangkan dokumen dalam cara tidak bergantung pada perisian aplikasi, perkakasan, dan sistem pengendalian. Setiap fail PDF mengkapsulkan perihal lengkap bagi dokumen rata tataletak tetap termasuk teks, fon, grafik, dan maklumat lain yang diperlukan untuk memaparkannya.
Cara Kecilkan Saiz Gambar JPEG
Joint Fotography Expert Graphics adalah jenis fail gambar yang umumnya digunakan untuk keperluan laman web dimana ukurannya yang cenderung lebih kecil jika dibandingkan dengan jenis fail yang lain. Ianya biasa digunakan untuk imej digital terutamanya bagi imej yang dihasilkan oleh fotografi digital. Fail-fail JPEG biasanya ada sambungan nama fail .jpg atau .jpeg.
- Sila layari ke laman web https://compressjpeg.com/.
- Pilih format JPEG.
- Klik upload files.
- Pilih gambar yang ingin dikecilkan saiz.
- Selepas upload, tunggu beberapa saiz sementara gambar sedang compressing.
- Kemudian, klik download.
Cara kecilkan saiz gambar PNG
Portable Network Graphic telah diperkenalkan untuk menggantikan format Graphic Interchange Format (GIF). PNG mempunyai faktor mampatan yang lebih baik berbanding dengan GIF. Walaupun format PNG boleh dijadikan alternatif untuk proses pemprosesan grafik namun format JPEG masih menjadi pilihan yang lebih baik. File PNG sesuai digunakan untuk gambar yang mempunyai warna banyak dan gambar yang mahu disunting semula tanpa menurunkan kualiti.
- Sila layari ke laman web https://compressjpeg.com/.
- Pilih format PNG.
- Klik upload files.
- Pilih gambar yang ingin dikecilkan saiz.
- Selepas upload, tunggu beberapa saiz sementara gambar sedang compressing.
- Kemudian, klik download.
Cara Kecilkan Saiz Gambar PDF
PDF adalah format dokumen yang sering digunakan untuk membentangkan dokumen dalam cara tidak bergantung pada perisian aplikasi, perkakasan, dan sistem pengendalian.
- Sila layari ke laman web https://compressjpeg.com/.
- Pilih format PDF.
- Klik upload files.
- Pilih gambar yang ingin dikecilkan saiz.
- Selepas upload, tunggu beberapa saiz sementara gambar sedang compressing.
- Kemudian, klik download.
BACA JUGA : Kenapa Graduan Gagal Temuduga Dan Cara Mengatasinya