Cara Daftar Bungkusit Rider Malaysia 2024 (Parcel & Food Delivery)

Cara Daftar Bungkusit Rider Malaysia 2024 (Parcel & Food Delivery). Nak bekerja sebagai rider Bungkusit Malaysia? Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat menjadi rider di Bungkusit Malaysia. Untuk makluman, Bungkusit merupakan penghantaran dokumen dan bungkusan termasuk menawarkan penghantaran makanan di Malaysia selain GrabFood dan Foodpanda. Bagi anda yang berminat boleh buat pendaftaran Bungkusit rider secara online menerusi portal https://bungkusit.com.my.

Cara Daftar Bungkusit Rider Malaysia 2023 (Parcel & Food Delivery)

Cara Daftar Bungkusit Rider Malaysia 2024 (Parcel & Food Delivery)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Bungkusit Rider termasuk memaparkan syarat kelayakan, kelebihan dan cara daftar:

Apa Itu Bungkusit?

Bungkusit adalah platform penghantaran dokumen dan bungkusan termasuk menawarkan penghantaran makanan yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Syarat Kelayakan Pendaftaran Bungkusit Rider

Antara syarat-syarat kelayakan menjadi rider Bungkusit Malaysia iaitu;

a. Warganegara Malaysia.

b. Mempunyai lesen kenderaan yang sah.

c. Wajib download Aplikasi Bungkusit Rider.

Kelebihan Bungkusit Rider

a. Mempunyai waktu kerja yang fleksibel.

b. Boleh claim duit minyak dan makanan free.

Cara Pendaftaran Bungkusit Rider Online

1. Sila layari laman web rasmi Bungkusit di pautan https://bungkusit.com.my.

2. Tekan pada butang ‘BECOME A RIDER’.

3. Kemudian, anda perlu download aplikasi BungkusIt Rider di Google Play Store bagi Android atau App Store bagi platform iOS.

4. Apabila anda buka aplikasi ini, akan tertera permintaan daripada aplikasi untuk mengakses kedudukan atau lokasi semasa anda.

5. Pergi ke bahagian bawah dan tekan butang Register.

6. Terdapat beberapa ruangan yang perlu anda isikan untuk meneruskan proses dan cara daftar Bungkusit rider.

7. Pada ruangan ‘Vehicle Type’, masukkan kenderaan yang anda ingin gunakan untuk menjadi rider.

8. Pada ruangan bank account number, masukkan nombor akaun bank anda untuk urusan transaksi wang bersama syarikat Bungkusit sekiranya anda diterima sebagai rider.

9. Masukkan password dan confirm password yang disahkan.

10. Tekan pada link ‘Terms and Conditions’. Seterusnya, tekan pada butang ‘REGISTER’.

11. Anda akan dihubungi oleh pihak Bungkusit sekiranya nama anda tersenarai untuk sesi saringan. Bagi anda yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, anda akan diwajibkan untuk menghadiri training bersama Bungkusit sebelum menjadi rider.

NOTA: Pendaftaran juga boleh dibuat menerusi aplikasi WhatsApp https://api.whatsapp.com/send?phone=601110905872&text=Nak%20Jadi%20Rider%20Bungkusit.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web Bungkusit https://bungkusit.com.my atau emel ke enquiry@bungkusit.com.my.

BACA JUGA: Cara Mendaftar Foodpanda Rider Malaysia

Leave a Reply