Daftar dan Login e-Operasi Modul Pengurusan Guru 2024. Apakah dimaksudkan e-Operasi? e-Operasi adalah merupakan satu aplikasi atau modul yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pengurusan guru. Modul eOperasi ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).
Daftar dan Login e-Operasi Modul Pengurusan Guru 2024
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran dan login e-Operasi termasuk memaparkan aplikasi online :
Selain e-Operasi, dua lagi Modul Pengurusan KPM yang melibatkan antara guru dengan murid-murid iaitu Modul Pengurusan Murid (APDM) dan Modul Pengurusan Sekolah (EMIS).
Cara Login E-Operasi KPM Online
1. Untuk log in akaun sila ke laman web rasmi KPM https://eoperasi.moe.gov.my/
2. Kemudian anda akan dipaparkan seperti di bawah ini ;
3. Masukkan Login ID, kata laluan dan nombor kad pengenalan anda.
4. Kemudian klik butang “LOGIN”.
5. Sekiranya anda terlupa kata laluan, bolehlah masukkan password baru dengan merujuk pautan klik sini.
Cara Daftar eOperasi Bagi Pengguna Baru
Jika anda belum membuat pendaftaran akaun e-Operasi, anda bolehlah mendaftar sebagai pengguna baru seperti berikut ;
1. Masuk ke laman web di https://eoperasi.moe.gov.my/
2. Anda akan pergi ke paparan seperti di bawah ini ;
3. Masukkan semua maklumat di ruangan yang diberikan. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
3. Kemudian klik butang “SIMPAN” untuk proses pendaftaran.
4. Selesai sudah pendaftaran anda.
5. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
Nota : Guru perlu membuat pengemaskinian maklumat di e-Operasi kerana terdapat beberapa aplikasi yang dibangunkan oleh KPM berhubung dengan data e-Operasi seperti e-Pangkat, eGTukar, SPLKPM dan lain-lain lagi.
Sekiranya anda perlukan bantuan untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk kepada no telefon setiap Pejabat Pendidikan Daerah di tempat masing-masing disini.
BACA JUGA: APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid