Cara Daftar GrabFood Rider Malaysia 2024 (Syarat & Login). Nak bekerja sebagai rider GrabFood? Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat menjadi rider di GrabFood Malaysia. Untuk makluman, GrabFood merupakan sebahagian daripada perkhidmatan penghantaran makanan antarabangsa yang popular di Malaysia selain Foodpanda. Bagi anda yang berminat boleh buat pendaftaran GrabFood rider secara online menerusi portal https://www.grab.com/my.
Cara Daftar GrabFood Rider Malaysia 2024 (Syarat & Login)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran GrabFood Rider termasuk memaparkan syarat kelayakan, kelebihan dan cara daftar:
Apa Itu GrabFood?
GrabFood adalah perkhidmatan penghantaran makanan yang membawakan pelbagai makanan dan minuman enak dari restoran tempatan terus ke rumah pelanggan.
GrabFood boleh didapati di Lembah Klang dan kawasan terpilih di Melaka, Kota Kinabalu, Pulau Pinang, Johor dan Kuching. Bermula 12 Disember 2019, GrabFood telah meliputi di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Miri, Bintulu, Negeri Sembilan, Batu Pahat, Muar, Alor Setar, Sungai Petani, Langkawi, Ipoh, Taiping, Sandakan, Tawau, Sibu, Kluang dan Kemaman.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Rider GrabFood
Antara syarat-syarat kelayakan menjadi rider GrabFood Malaysia iaitu;
1. Berumur antara 18 ke 69 tahun.(Laporan pemeriksaan perubatan diperlukan jika anda berumur lebih 50 tahun).
2. Warganegara Malaysia.
3. Boleh menunggang motosikal (Lesen L tidak dibenarkan).
4. Mestilah memiliki telefon pintar dengan aplikasi Appstore/Playstore.
5. Tiada akaun GrabFood, GrabExpress, GrabCar, GrabTaxi sedia ada.
6. Lulus semakan latar belakang untuk memastikan tiada rekod jenayah.
Kelebihan Rider GrabFood
a. Jana pendapatan sehingga RM700/minggu.
b. Cash out pendapatan setiap hari, waktu bekerja pun fleksibel.
c. Perlindungan kemalangan jalan raya peribadi PERCUMA.
d. Lebih daripada RM200 penjimatan bulanan dengan GrabBenefits.
Cara Daftar Rider GrabFood Online
1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi portal https://www.grab.com/my/ms/driver/bike/
2. Pilih jenis perkhidmatan pada butang ‘Bike’.
3. Klik ‘Register Now’.
4. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik sign up.
Untuk keterangan lanjut sila kunjungi ke laman Twitter GrabFood https://twitter.com/grabmy
BACA JUGA: Cara Mendaftar Foodpanda Rider Malaysia