Cara Daftar Foodpanda Merchant Malaysia 2025 Online (Syarat & Bayaran)

Cara Daftar Foodpanda Merchant Malaysia 2025 Online (Syarat & Bayaran). Nak daftar Foodpanda Partner untuk kedai makanan atau restoran anda? Panduan buat anda yang ingin menjadi partner bersama Foodpanda Malaysia. Untuk makluman, kini anda boleh membuat pendaftaran Foodpanda merchant secara online menerusi portal Foodpanda Malaysia. Dengan adanya aplikasi Foodpanda, pemilik kedai makan atau restoran bersama rider Foodpanda dapat menawarkan penghantaran pelbagai jenis makanan hingga ke pintu rumah dengan cepat dan mudah.

Cara Daftar Foodpanda Merchant Malaysia 2023 Online (Syarat & Bayaran)

Cara Daftar Foodpanda Merchant Malaysia 2025 Online (Syarat & Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Foodpanda Merchant termasuk memaparkan syarat, bayaran dan cara daftar:

Apa Itu Foodpanda Partner?

Foodpanda partner merupakan kerjasama antara pemilik foodpanda dengan pemilik kedai makan atau restoran untuk menyediakan perkhidmatan makanan kepada pelanggan melalui rider Foodpanda.

Kelebihan Foodpanda Partner

a. Berhubung dengan pelanggan baru

Dapat menambah bisnes anda pada platform bermakna akses kepada beribu pelanggan baru di kawasan kejiranan yang berbeza.

b. Tebus ganjaran

Pelanggan dapat menikmati bisnes anda dari mana-mana sahaja dan tangkap minat pelanggan baru yang belum mencubanya.

c. Fokus pada bisnes anda

Foodpanda menguruskan semua pembayaran dan khidmat pelanggan, manakala rider foodpanda menguruskan penghantaran. Memberi anda untuk fokus pada perkara yang penting.

Pendaftaran FoodPanda Merchant Online

1. Sila layari ke laman web https://partner.foodpanda.my/.

2. Lengkapkan beberapa maklumat pada ruangan yang disediakan.

3. Klik pada butang ‘Get Started’.

NOTA: Pihak Foodpanda akan membimbing anda sepanjang proses pendaftaran melalui e-mel atau telefon.

Soalan Lazim Tentang Foodpanda Partner

1. Adakah terdapat sebarang caj SST untuk saya?

Mana-mana bisnes yang menjalankan aktiviti mereka di Malaysia perlu membayar SST 6% di atas kadar komisen yang sedia ada.

2. Berapa jauh radius penghantaran Foodpanda?

Radius penghantaran Foodpanda adalah sehingga 9km dari alamat penghantaran.

3. Kenapa anda kenakan yuran komisen?

Yuran komisen yang dikutip memastikan rakan kongsi penghantaran dibayar dengan adil dan membolehkan Foodpanda menyediakan perkhidmatan platform untuk pesanan dalam talian dan perkhidmatan penghantaran.

Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web rasmi Foodpanda Malaysia https://www.foodpanda.my/

BACA JUGA: Cara Mendaftar Foodpanda Rider

Leave a Reply