Cara Daftar J&T Express Rider/ Driver 2024 Online (Register & Salary). Nak bekerja part time dengan J&T Express Malaysia? Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat menjadi rider dan driver di J&T Express. Untuk makluman, J&T Express Malaysia merupakan penyedia perkhidmatan pengambilan dan penghantaran yang pantas di Malaysia selain kurier Pos Laju, Shopee Express dan Ninja Van. Bagi yang berminat boleh membuat pendaftaran J&T Express Rider/ Driver secara dalam talian menerusi laman web https://job.jtexpress.my.
Cara Daftar J&T Express Rider/ Driver 2024 Online (Register & Salary)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang J&T Express Rider/ Driver termasuk memaparkan syarat kelayakan, pendaftaran dan hubungi:
Apa Itu J&T Express?
J&T Express adalah syarikat kurier pelaburan Hong Kong yang beroperasi di enam negara Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Vietnam, Thailand, Kemboja dan Filipina. J&T Express Malaysia memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2018 dan dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2018
Syarat Permohonan J&T Express Rider/ Driver
Antara syarat-syarat kelayakan permohanan J&T Express Rider/ Driver adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Berusia 18 tahun dan ke atas.
c. Mempunyai lesen kenderaan yang sah.
d. Mempunyai kenderaan sendiri untuk membuat penghantaran.
Cara Pendaftaran J&T Express Malaysia Online
1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi laman web https://job.jtexpress.my/
2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di ruangan disediakan.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman Facebook J&T Express Malaysia https://www.facebook.com/jntexpressmalaysia atau hubungi di talian 1300-80-9000.
BACA JUGA: Cara Mohon Lalamove Rider Online