Cara Daftar Lalamove Rider Malaysia 2025 Online (Syarat & Login). Nak jadi Lalamove rider? Panduan buat rakyat Malaysia yang berminat bekerja sebagai rider di Lalamove Malaysia. Lalamove merupakan perkhidmatan penghantaran barang dengan memasukkan lokasi pengambilan dan penghantaran, memilih kenderaan yang sesuai dan mendapatkan khidmat rakan penghantar. Bagi anda yang berminat boleh buat pendaftaran Lalamove rider secara online menerusi portal https://www.lalamove.com/malaysia.

Cara Daftar Lalamove Rider Malaysia 2025 Online (Syarat & Login)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Lalamove Rider termasuk memaparkan syarat kelayakan, kelebihan dan cara daftar:
Apa Itu Lalamove?
Lalamove adalah perkhidmatan penghantaran on-demand yang berpusat di Hong Kong. Kini, perkhidmatan Lalamove tersedia di Hong Kong, Taipei, Singapura, Kuala Lumpur, Manila, Cebu, Bangkok, Pattaya, Ho Chi Minh City, Hanoi, Jakarta, Pune, Delhi, Chennai, Mumbai, Hyderabad, Ahmedabad, Bengaluru, São Paulo, Rio de Janeiro dan Mexico City.
Syarat Kelayakan Lalamove Rider
Antara syarat-syarat kelayakan pendaftaran Lalamove rider adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia
b. Mempunyai lesen memandu yang sah.
c. Berusia 18 tahun dan ke atas.
d. Memiliki kenderaan sendiri (motosikal/kereta/van/4×4 pikap/ lori)
e. Memiliki telefon pintar.
Kelebihan Jadi Lalamove Rider
a. Waktu bekerja lebih fleksibel.
b. Boleh dapat RM70 untuk kereta dan RM100 untuk pikap 4×4, van dan lori sebulan hanya dengan menampal sticker Lalamove di kenderaan.
Cara Pendaftaran Lalamove Rider Online
1. Pendaftaran boleh dibuat menerusi portal https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/ms/driver
2. Isikan maklumat dengan lengkap.
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://www.lalamove.com/ms-my/contact
BACA JUGA: Cara Mendaftar Foodpanda Rider Malaysia