Cara Menjawab Soalan KBAT UPSR PT3 SPM. Bagaimana hendak menjawab soalan KBAT? Panduan buat anda yang bakal menduduki peperiksaan awam UPSR, PT3 dan SPM. Untuk makluman, lazimnya dalam soalan peperiksaan anda bakal menjawab soalan berbentuk KBAT. Pelajar perlu tahu membezakan soalan KBAT dengan soalan lain kerana format jawapan KBAT berbeza. Berikut merupakan teknik menjawab soalan KBAT yang dapat memberi manfaat kepada pelajar.

Cara Menjawab Soalan KBAT UPSR PT3 SPM
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara menjawab soalan KBAT bagi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM :
Ciri-Ciri Soalan KBAT
Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT yang boleh dijadikan rujukan buat calon :
1. Mempunyai STIMULUS/ Rangsangan Minda
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan Stimulus yang bertujuan untuk beri rangsangan pemikiran pelajar. Stimulus boleh datang dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk ayat, cerita, gambar, dialog, graf, petikan akhbar dan sebagainya.
2. Diperuntukkan 4 markah dan tidak dinyatakan jumlah jawapan yang dikehendaki.
3. Kata soal yang digunakan biasanya contoh seperti berikan hujah, pendapat, komen, bagaimana dan lain-lain lagi.
Teknik Membina Jawapan KBAT
1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN.
Kehendak soalan boleh difahami melalui ‘clue’ yang diberi. Contohnya ‘Bagaimana’, ‘Kenapa”, “Apakah kemungkinan yang berlaku’ ‘Apa Pendapat’.
2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.
3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
i. Memberi keterangan tambahan.
ii. Memberi contoh kepada isi.
iii. Memberi dalil al-quran atau hadis.
iv. Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
v. Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain
4. Langkah Keempat ialah MEMBERI KESIMPULAN.
Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian.
Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan. Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : “Kita hendaklah…” “Kita mestilah…”.
Contoh Soalan KBAT Pendidikan Islam SPM
Soalan : Kenalpasti perkara yang tidak menepati syariat Islam dalam majlis perkahwinan dan berikan komen anda. (4 markah)
Jawapan :
Menghidangkan arak dalam majlis perkahwinan (1m – ISI). Ini kerana ianya akan menjadi tetamu mabuk (1m – HURAIAN). Keadaan ini menyebabkan berlakunya pergaduhan antara sesama tetamu (1m – HURAIAN KESAN). Kesimpulannya, meminum minum arak akan membawa kepada kebinasaan dan patut terhindar daripada sebarang maksiat. (1m – KESIMPULAN).
BACA JUGA : Contoh Soalan KBAT dan Kepentingannya