Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online Personel Binaan (Semakan Kursus). Syarat mohon Kad Hijau CIDB terkini? Panduan buat rakyat Malaysia yang bekerja di tapak kerja pembinaan. Untuk makluman, Kad hijau CIDB merupakan akuan berdaftar yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada personel binaan yang terlibat dengan kerja-kerja binaan dan telah menjalani Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (SICW). Bagi yang ingin memohon Kad Personel Binaan boleh terus ke laman web https://cims.cidb.gov.my.
Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online Personel Binaan (Semakan Kursus)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Kad hijau CIDB termasuk memaparkan syarat kelayakan, yuran dan cara mohon:
Apa itu Kad Hijau CIDB?
Kad Hijau CIDB merupakan kad atau lesen yang dikeluarkan oleh CIDB kepada pekerja binaan yang telah menjalani latihan asas dan keselamatan di tapak binaan.
Syarat Pendaftaran Kad Personel Binaan (Kad Hijau CIDB)
Individu wajib berdaftar sebagai personel binaan berdasarkan syarat-syarat seperti berikut:
1. Memiliki dokumen pengenalan diri seperti berikut:
- Kad Pengenalan Malaysia.
- Pasport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.
- Pas IMM13P.
2. Berumur 16 tahun dan ke atas.
3. Mempunyai sijil keselamatan pembinaan seperti
- Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW)
- eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW
- eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH)
- Sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB.
4. Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
5. Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.
Tempoh Pendaftaran Kad Hijau CIDB
1. Kad Pengenalan Malaysia
- Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
- Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.
2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP)
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.
3. IMM13P
Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.
Yuran Pendaftaran Personel Binaan
Yuran pendaftaran baru atau pembaharuan pendaftaran personel binaan adalah seperti berikut:
Tahun | Kadar Bayaran |
1 | RM35 |
2 | RM60 |
3 | RM85 |
4 | RM110 |
5 | RM135 |
NOTA: Yuran pendaftaran ini adalah sama bagi permohonan tempatan, asing dan pemegang IMM13P.
Cara Mohon Personel Binaan CIDB Online
1. Permohonan baru atau pembaharuan pendaftaran personel binaan CIDB boleh dibuat secara dalam talian menerusi sistem CIMS https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml
2. Untuk kontraktor baru / Personel binaan baru / Penyelia latihan baru / Pelatih baru sila klik pada ‘Daftar Baru’.
3. Sila pilih jenis pengguna untuk permohonan pendaftaran. Klik pada butang ‘individu’ dan ‘teruskan’.
4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik ‘submit’.
5. Emel pengesahan akan dihantar melalui emel pendaftaran anda.
6. Log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
7. Pilih menu ‘Detail Competency Management’.
8. Klik pada permohonan kursus.
9. Pilih kursus dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
10. Buat pembayaran sama ada secara online atau di kaunter CIDB negeri.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian +603 55673300.
BACA JUGA: Cara Renew Kad Hijau CIDB