Permohonan Program Sijil Perikanan 2019 (Akademi Perikanan Malaysia)

Permohonan Program Sijil Perikanan 2019 (Akademi Perikanan Malaysia). Panduan buat lepasan SPM atau setaraf yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perikanan. Untuk makluman kini anda ditawarkan untuk membuat permohonan Program Sijil Perikanan 2019 yang dibuka pada 1 Ogos hingga 31 Oktober 2019. Bagi anda yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian (online) di laman web rasmi DOF http://epengambilan.dof.gov.my/.

Permohonan Program Sijil Perikanan 2019 (Akademi Perikanan Malaysia)

Permohonan Program Sijil Perikanan 2019 (Akademi Perikanan Malaysia)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Sijil Perikanan termasuk memaparkan syarat kemasukan, program pengajian dan alamat hubungi ;

Syarat Kemasukan Program Sijil Perikanan

Antara syarat-syarat yang calon perlu memenuhi iaitu ;

a. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus) atau (hingga 45 tahun bagi pegawai kerajaan).

b. Berkelulusan SPM atau SPMV atau Lepasan SKM Tahap 2 yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti berikut :
i. Lulus dalam Bahasa Melayu
ii. Lulus dalam mata pelajaran Matematik dan Sains

c. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.

d. Sihat tubuh badan.

Cara Permohonan Program Sijil Perikanan 2019 Online

  1. Pemohon perlu melayari laman web http://epengambilan.dof.gov.my/app/login
  2. Sila daftar baru sebagai pengguna terlebih dahulu dengan mengklik ‘Daftar Permohonan Baru’.
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.
  4. Ikuti segala langkah-langkah sehingga permohonan selesai.

Maklumat Program Sijil Perikanan – Akademi Perikanan Malaysia

A) PENGENALAN

a. Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.

b. Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada 4 aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.

c. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skill melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.

d. Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA.

B) PERSIJILAN DAN TEMPOH

Sijil Perikanan

4 Semester (2 Tahun)

C) KEMUDAHAN

Berikut adalah kemudahan program yang boleh diperolehi:
i. Asrama penginapan disediakan
ii. Yuran pengajian adalah percuma
iii. Makan – minum ditanggung
iv. Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA v. Elaun Bulanan Pelajar sebanyak RM200.00 sebulan

D) LOKASI

Akademi Perikanan Malaysia

Chendering, Kuala Terengganu

Permohonan Program Sijil Perikanan 2019 (Akademi Perikanan Malaysia)

Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut, sila rujuk seperti berikut ;

Laman Web Rasmi DOF

http://www.dof.gov.my @ http://epengambilan.dof.gov.my

Laman Web Rasmi APM

https://www.dof.gov.my/apm.php

Alamat Akademi Perikanan Malaysia

Pengarah
Akademi Perikanan Malaysia
Taman Perikanan Chendering
21080 Kuala Terengganu
Terengganu

Alamat Bahagian Pembangunan Latihan, Jabatan Perikanan Malaysia

Bahagian Pembangunan Latihan dan Kemajuan Kerjaya
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Aras 4, Podium 2, Block 4G2,
No. 30, Perisaran Perdanan, Presint 4,
62628 Putrajaya.
No. Tel: 03-8870 4601

Selamat membuat permohonan dan moga anda berjaya dalam bidang perikanan dan akuakultur.

Sumber : DOF

Leave a Reply

%d bloggers like this: