Cara Daftar SPM Persendirian 2024 Online (Syarat & Kadar Bayaran)

Cara Daftar SPM Persendirian 2024 Online (Syarat & Kadar Bayaran). Syarat pendaftaran SPM bagi Calon Persendirian? Panduan buat Calon Persendirian yang ingin menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024. Untuk makluman, Lembaga Peperiksaan (LP) telah mengumumkan pendaftaran SPM tahun 2024 bagi Calon Persendirian boleh dibuat bermula daripada 8 April hingga 30 Jun 2023. Pendaftaran ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web https://sppat.moe.gov.my.

Cara Daftar SPM Persendirian 2024 Online (Syarat & Kadar Bayaran)

Cara Daftar SPM Persendirian 2024 Online (Syarat & Kadar Bayaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran SPM calon persendirian termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kadar bayaran dan cara daftar:

Syarat Kelayakan Pendaftaran Calon Persendirian SPM

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:

i. Calon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan.

ii. Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).

iii. Murid sekolah dan orang perseorangan yang pertama kali menduduki peperiksaan (Calon Baharu) berdasarkan syarat yang ditetapkan LP.

Kadar Bayaran Calon Persendirian SPM 2024

Kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM adalah seperti berikut:

a. Bayaran Asas: RM20.00

b. Bayaran Mata Pelajaran

  • 1119 Bahasa Inggeris: RM20.50
  • Mata Pelajaran Tanpa PBS: RM10.50
  • Mata Pelajaran Dengan PBS: RM12.00

c. Bayaran Calon Lewat (Calon yang mendaftar selepas tamat tempoh pendaftaran): RM150.00

Cara Daftar SPM Persendirian 2024 Online (Syarat & Kadar Bayaran)

Pendaftaran SPM Calon Persendirian 2024

1. Pendaftaran boleh dibuat secara online menerusi portal https://sppat.moe.gov.my/.

2. Klik bahagian ‘Daftar Calon Baharu.’

3. Masukkan nombor kad pengenalan klik butang ‘Mohon.’

4. Sahkan maklumat yang diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda serta kemudian klik butang ‘Teruskan.’

5. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

7. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan klik butang ‘Teruskan.’

8. Pilih pusat peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan.’

9. Semak maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Hantar.’

10. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik.

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan SPM, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my atau hubungi Lembaga Peperiksaan di talian +60388843785/3787.

Leave a Reply