Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan 2024 (Rujukan). Panduan buat calon yang bakal menduduki peperiksaan online Latihan Separa Perubatan tahun 2024. Untuk makluman menerusi portal rasmi FB SPA, peperiksaan online Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil dan Diploma akan diadakan pada dua kali setiap tahun bagi seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pada sesi sebelum ini, peperiksaan Separa Perubatan dijalankan pada 2 Julai 2020. Berikut merupakan contoh soalan peperiksaan Separa Perubatan sebagai panduan buat anda.
Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan 2024 (Rujukan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang peperiksaan Latihan Separa Perubatan termasuk memaparkan tarikh dan semakan panggilan peperiksaan :
Semakan Panggilan Peperiksaan Separa Perubatan 2024
MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE
PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK)
Tarikh Peperiksaan : 2 Julai 2020
Masa : 10.00 pagi – 11.15 pagi
Sila layari laman web : http://e-semakanntt.spa.gov.my/separa/
Format Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Format peperiksaan online Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dibahagikan kepada bentuk Seksyen A (Ujian Psikometrik) dan Seksyen B (Pengetahuan Am).
A. Seksyen Ujian Psikometrik
1. Saya tahu atau mahu belajar cara menyelia kerja-kerja orang lain.
A. Ya B. Tidak C. Tidak Pasti
2. Saya meminati pekerjaan sebagai penasihat kewangan.
A. Ya B. Tidak
3. Saya seorang yang sangat sistematik dan teliti..
A. Ya B. Tidak
4. Saya suka memberi ceramah.
A. Ya B. Tidak C. Tidak Pasti
5. Walaupun ada masa lapang, adalah kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal.
A. Ya B. Tidak
6. Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu
A. Setuju B. Tidak Setuju
B. Seksyen Pengetahuan Am
Dalam seksyen B iaitu Pengetahuan Am, calon-calon peperiksaan akan diuji dengan beberapa bentuk soalan seperti sains, umum, sosial, budaya, pengetahuan am dan banyak lagi.
1. Apakah cara yang selamat bagi mengelakkan kecederaan semasa bersenam?
I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.
A. I dan II B. I, II dan III
C. II, III dan IV D. I, II, III dan IV
2. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI
A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.
Itu sekadar contoh-contoh soalan peperiksaan online Separa Perubatan yang boleh dijadikan rujukan buat calon.
Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan
Bagi anda yang berminat mendapatkan rujukan panduan peperiksaan online Separa Perubatan lengkap ini, berikut adalah isi kandungan yang terkandung dalam rujukan itu ;
- Bahan rujukan pantas tentang peperiksaan online separa perubatan
- Contoh soalan dan jawapan peperiksaan seksyen A
- Contoh soalan dan jawapan peperiksaan seksyen B
- Tips lulus mudah peperiksaan online separa perubatan
Bagaimana cara nak dapatkan rujukan peperiksaan Separa Perubatan? Klik link di bawah ini.
>> DAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN <<
BACA JUGA: Senarai Kolej Kejururawatan Latihan Separa Perubatan KKM