Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 Sesi Januari (Bertaraf Sijil & Diploma)

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 Sesi Januari (Bertaraf Sijil & Diploma). Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat mencari kerja kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Untuk makluman, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mempelawa kepada calon yang berkelayakan untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil dan Diploma bagi sesi pengajian tahun 2022. Sebanyak 875 kekosongan jawatan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil ambilan sesi Januari 2022. Bagi pemohon yang berminat boleh kemukakan permohonan Separa Perubatan secara online di laman web rasmi SPA.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 Sesi Januari (Bertaraf Sijil & Diploma)

Separa Perubatan adalah merupakan satu kursus atau program yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) khususnya untuk pelajar lepasan SPM yang mempunyai kelulusan bertaraf Sijil atau Diploma. Terdapat sebanyak 13 latihan yang ditawarkan untuk program Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil. Tempoh pengajian yang diambil perlu selama 3 tahun bagi program Diploma manakala peringkat Sijil pula selama 2 tahun sahaja.

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2023 Sesi Januari (Bertaraf Sijil & Diploma)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Latihan Separa Perubatan termasuk memaparkan senarai program dan aplikasi permohonan. Pelatih akan menerima elaun setiap bulan dan disediakan kemudahan-kemudahan di beberapa Pusat Kolej Kesihatan seluruh Malaysia. Selepas tamat pengajian, pelatih Separa Perubatan akan menjalani ujian untuk kemasukan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan 2022

a. Warganegara Malaysia yang berumur :

  • Tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL).
  • Tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Sedang Berkhidmat selain PSL.

b. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam matapelajaran Bahasa Melayu atau kelayakan yang diiktiraf Setaraf dengannya oleh kerajaan.

c. Memenuhi syarat kelayakan akademik minimum di peringkat SPM berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon.

Senarai Program Latihan Separa Perubatan 2022

Antara senarai program Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil dan Diploma bagi kemasukan tahun 2022 :

i. Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

1. Jururawat

2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

3. Penolong Pegawai Perubatan

4. Juru X-ray (Radiografi)

5. Juruteknologi Makmal Perubatan

6. Penolong Pegawai Farmasi

7. Jurupulih Perubatan Fisioterapi

8. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)

ii. Senarai Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

1. Pembantu Kesihatan Awam

2. Pembantu Pembedahan Pergigian

Iklan Jawatan Kosong Latihan Separa Perubatan 2022

Permohonan Latihan Separa Perubatan 2022 Sesi Januari (Bertaraf Sijil & Diploma)
Foto Kredit : SPA

Cara Permohonan Separa Perubatan 2023 Online

Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi SPA9 https://spa9.spa.gov.my/login.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari di laman web rasmi SPA atau Facebook rasmi SPA.

BACA JUGA : Senarai Kolej Kejururawatan Latihan Separa Perubatan KKM

Leave a Reply