Contoh Soalan Temuduga Universiti Awam

Contoh Soalan Temuduga Universiti Awam. Persaingan untuk mendapat tempat pengajian di Universiti Awam semakin sengit. Ini adalah kerana pelajar-pelajar lepasan SPM atau STPM semakin ramai setiap tahun. Sebelum memasuki ke alam pekerjaan, anda perlu melangkah dahulu ke alam universiti yang juga memerlukan kelayakan untuk lulus temuduga. Tetapi, tak semua bidang pengajian yang memerlukan untuk temuduga. Bagaimana contoh soalan temuduga universiti?

Contoh Soalan Temuduga Universiti Awam

Contoh Soalan Temuduga Universiti Awam

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang contoh soalan temuduga Universiti Awam :

1. Ceritakan mengenai diri anda / Bagaimana anda menggambarkan diri anda?

2. Mengapa anda memilih program pra-universiti /ijazah  yang anda pohon dan apa yang anda  seronok mengenainya?

3. Kenapa anda mahu mengambil kursus  ini di universiti?

4. Mengapa anda memohon ke universiti ini?

5. Apa yang boleh membawa ke universiti ini?

6. Apa kemahiran yang telah anda diperolehi daripada kerja sambilan anda jika ada?

7. Apa yang anda fikir universiti boleh tawarkan anda?

8. Apakah kursus-kursus yang anda telah hadiri  sama ada di sekolah atau di luar, dan apa yang anda dapat daripadanya?

9. Bagaimana anda akan menentukan bidang yang anda pilih?

10. Mengapa bidang anda penting?

11. Apakah rancangan kerjaya anda, jika ada?

12. Apa ciri-ciri yang anda punyai untuk mengikuti kerjaya pilihan anda?

Tips Temuduga ke Universiti Awam

1. Semak dan buat kajian mengenai UA/ Politeknik dan pilihan program tersebut.

2. Bersopan santun semasa bercakap dengan panel penemuduga.

3. Buat penyediaan jawapan kepada soalan standard yang akan ditanya.

4. Sediakan kesemua dokumen mengenai diri anda.

5. Pilih pakaian dan kasut yang sopan dan kemas.

6. Datang awal dan jangan lewat ke temuduga.

7. Memberi salam, senyum dan kekalkan eye contact.

8. Bercakap dengan tenang dan yakin.

9. Memberi maklum balas dan bertanya soalan.

Nota : Soalan temuduga universiti di atas adalah hanya contoh sahaja sebagai panduan buat pelajar.

Semoga perkongsian tentang Contoh Soalan Temuduga Universiti Awam dapat dijadikan panduan buat calon. Selamat menduduki temuduga dan moga berjaya mendapat tawaran ke Universiti Awam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: