Tips Menghadapi Temuduga Biasiswa Pengajian

Tips Menghadapi Temuduga Biasiswa Pengajian. Nak menduduki temuduga biasiswa? Anda mungkin sedang mencari-cari biasiswa atau bantuan pelajaran untuk menyambung pengajian anda. Bayangkan pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM, sudah pasti anda akan mohon biasiswa tak kiralah sama ada JPA, MARA, Shell, Petronas, Khazanah dan sebagainya. Setelah menghantar borang permohonan biasiswa, perjuangan anda lebih berat selepas ini. Pihak penaja akan menyenarai pendek nama bagi calon-calon yang berpotensi dan berkelayakan untuk menghadiri temuduga. Jadi, persoalan bagaimana anda untuk menghadapi temuduga biasiswa?

Tips Menghadapi Temuduga Biasiswa Pengajian

Tips Menghadapi Temuduga Biasiswa Pengajian

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tips menghadapi temuduga biasiswa pengajian yang boleh dijadikan panduan buat calon :

Persiapan Temuduga

1. Pastikan anda memakai pakaian yang bersih dan kemas.

2. Pakai kasut yang bertutup bagi lelaki dan perempuan.

3. Pastikan membawa surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan untuk temuduga.

4. Pastikan hadir ke tempat temuduga lebih awal supaya anda tidak kelewatan.

Semasa Temuduga

1. Bila masuk bilik temuduga, berikan ucapan salam atau selamat sejahtera dan juga ucapan selamat pagi/ petang. Biasakan dengan senyuman sekali.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat dengan panel penemuduga selagi mereka tidak memulakan dahulu.

3. Jangan duduk selagi tidak dipersilakan duduk daripada penemuduga. Apabila disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduk dengan sempurna dan badan tegak.

4. Serahkan dokumen-dokumen penting yang dibawa jika diminta oleh panel penemuduga.

5. Pandang secara eye contact kepada penemuduga apabila ditanya.

6. Jawab soalan dengan cermat dan teliti.

7. Jangan menipu atau berdiam diri apabila ditanya penemuduga. Jika tidak tahu soalan, jawab kepada penemuduga secara jujur.

8. Jika diberi peluang bertanya soalan, kemukakan soalan yang wajar kepada penemuduga.

9. Akhiri temuduga dengan ucapan terima kasih kepada penemuduga

Leave a Reply