Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS MAIDAM 2023 (Borang)

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS MAIDAM 2023 (Borang). Anda sedang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS di Malaysia? Berita baik buat pelajar yang bermastautin di negeri Terengganu dan ingin membuat permohonan bantuan awal pengajian di IPTA/ IPTS. Untuk makluman, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mempelawa kepada anda yang berkelayakan memohon Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS tahun 2020. Permohonan boleh dibuat secara online bermula daripada 1 Januari sehingga 31 Mac 2020 melalui laman web rasmi MAIDAM.

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS MAIDAM 2023 (Borang)

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS MAIDAM 2023 (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bantuan awal pengajian IPTA/IPTS termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 Januari – 31 Mac 2020

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2023

Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM adalah seperti berikut :

Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

  1. Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  2. Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap/bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
  3. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah.
  4. Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/ Pra Diploma/ Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan PHD.
  5. Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak diiktiraf oleh JPA
  6. Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap sama bergaji penuh atau sebahagian.
  7. Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  8. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan zakat kepada MAIDAM.
Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPTA/IPTS MAIDAM 2020 (Borang)

Cara Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT MAIDAM 2022

  1. Permohonan boleh dibuat secara online menerusi laman web MAIDAM http://www.espmb.com/maidam_zakat
  2. Isi semua maklumat berkaitan.
  3. Cetak borang permohonan.
  4. Serahkan borang permohonan beserta semua dokumen yang disahkan ke pejabat MAIDAM mengikut daerah masing-masing.

Semakan Status Bantuan Awal Pengajian MAIDAM 2023

Bagi anda yang membuat permohonan bantuan awal pengajian MAIDAM boleh menyemak keputusan dijangka pada bulan April 2020. Tarikh keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kepada Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing:

Kuala Terengganu 09-630 30 30
Marang 09-618 33 17
Hulu Terengganu 09-681 78 09
Dungun 09-845 28 10
Kemaman 09-859 45 45
Setiu 09-609 03 07
Besut 09-697 53 23
Kerteh 09-826 64 63
Kuala Nerus 09-662 2910

Semoga anda berjaya mendapat tawaran bantuan pengajian IPTA dan IPTS dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Leave a Reply