e-Pengambilan PDRM 2024: Login, Permohonan Polis Dan Semakan Status

e-Pengambilan PDRM 2024: Login, Permohonan Polis Dan Semakan Status. Nak mohon jawatan polis? Panduan buat yang berkelayakan untuk memohon jawatan kosong PDRM. Untuk makluman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempelawa kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan untuk membuat permohonan jawatan-jawatan dalam PDRM tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal e-pengambilan PDRM https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my.

e-Pengambilan PDRM 2023: Login, Permohonan Polis Dan Semakan Status

e-Pengambilan PDRM 2024: Login, Permohonan Polis Dan Semakan Status

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang e-Pengambilan PDRM termasuk memaparkan cara daftar, log masuk dan permohonan jawatan:

Apa Itu e-Pengambilan PDRM?

ePengambilan PDRM adalah merupakan portal online yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia untuk mengendalikan urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis. Selain itu, portal ini juga memaparkan deskripsi tugas dan semakan status panggilan.

Senarai Jawatan Kosong PDRM Terkini

PERMOHONAN JAWATAN SARJAN POLIS GRED YA5 (LELAKI/ WANITA)

e-Pengambilan PDRM 2023: Login, Permohonan Polis Dan Semakan Status

PERMOHONAN JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YT1 (LELAKI/ WANITA)

e-Pengambilan PDRM 2023: Login, Permohonan Polis Dan Semakan Status

Cara Daftar e-Pengambilan PDRM Online

1. Untuk pertama kali, anda perlu membuat pendaftaran pengguna baru menerusi portal https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/

2. Pemohon perlu mengisi maklumat akaun yang lengkap seperti ID Pengguna, Kata Laluan, Pengesahan Kata Laluan, Emel dan Soal Keselamatan Kata Laluan. Pastikan anda masukkan alamat emel yang sah.

3. Lengkapkan maklumat peribadi seperti nama, jantina, nombor KP baru, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon. 

4. Setelah lengkapkan maklumat, anda perlu masukkan kod pengesahan dan klik butang ‘Serah’. 

5. Sekiranya akaun permohonan dah aktif, anda perlu Log Masuk dengan isikan ID Pengguna dan Kata Laluan. 

Artikel Berkaitan: Cara Bayar Saman Trafik PDRM Online

Cara Log Masuk e-Pengambilan PDRM Online

1. Masukkan ID pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk akaun.

2. Klik pada menu ‘Maklumat Peribadi’ dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.

3. Pada bahagian keluarga, masukkan maklumat keluarga anda.

4. Pada bahagian akademik, masukkan maklumat PT3/PMR dan SPM anda.

5. Simpan maklumat.

Cara Mohon Jawatan Polis 2024 Online

1. Log masuk e-pengambilan PDRM.

2. Klik butang ‘Permohonan Baru’.

3. Klik butang ‘Pengesahan’ untuk sahkan maklumat calon.

4. Klik butang ‘Serah’.

Semakan Status Permohonan PDRM 2023 Online

1. Pergi ke pautan https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Login.aspx

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dan klik pada butang ‘Semak Status Permohonan’.

3. Klik ‘Semak’ untuk mengetahui status panggilan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian Help Desk 03-22668348/ 8350/ 8351.

BACA JUGA: Cara Daftar ePesara PDRM Online

Leave a Reply