Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA 2024 Online

Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA 2024 Online. Anda sedang mencari pekerjaan di MARA? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun 2024. Untuk makluman, MARA adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mempelawa calon yang berkelayakan membuat permohonan jawatan kosong MARA secara dalam talian (online) di laman web rasmi MARA selepas iklan tawaran dikeluarkan.

Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA 2024 Online

Permohonan Jawatan Kosong Guru MARA 2024 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat Malaysia termasuk memaparkan kekosongan jawatan dan tarikh tutup permohonan :

Tarikh Permohonan : –

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki
kemahiran interpersonal, kreatif, inovatif dan komited serta mempunyai kecemerlangan peribadi sebagai seorang pendidik. Individu-individu yang memiliki ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

Senarai Kekosongan Jawatan

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(GRED DG41)

Taraf Jawatan

Tetap/ Kontrak

Cara Mohon Jawatan Kosong Guru MARA Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.mara.gov.my/

2. Semakan pengiktirafan kelayakan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi www2.mqa.gov.my/esisraf.

3. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat lantikan skim sahaja akan diproses.

4. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang tepat dengan bidang/subjek mengajar yang dimohon.

Nota :

a. Permohonan yang melepasi tapisan sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).

b. Calon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas SMS dan semakan boleh dibuat di laman web MARA dari semasa ke semasa.

c. Pemohon yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini dikeluarkan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Untuk pertanyaan lanjut sila rujuk di bawah :

PENGARAH
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MARA
TINGKAT 18, IBU PEJABAT MARA
21, JALAN MARA
50609 KUALA LUMPUR

Penafian : Iklan kerja kosong ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Segala masalah atau salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan dipaparkan adalah bukan tanggungjawab kami.

Sumber : https://apps.mara.gov.my/vacancy/

Leave a Reply