Permohonan Tingkatan 6 2026 KISAS & SMAPL. Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian dalam Tingkatan Enam tahun 2026. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan permohonan kemasukan ke Tingkatan Enam Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan SM Agama Persekutuan Labu (SMAPL) ambilan tahun 2026 dibuka mulai 6 April hingga 26 April 2026. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi KPM selepas tarikh rasmi diumumkan.

Permohonan Tingkatan 6 2025 KISAS & SMAP LABU
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 KISAS dan SMAPL termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan, cara permohonan dan hubungi :
Tarikh permohonan: 6 April – 26 April 2026
Syarat Kemasukan Tingkatan 6 KISAS & SMAPL
Antara syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Enam KISAS dan SMAPL adalah seperti berikut :
SYARAT AM
- Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2023.
- Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam Bahasa Melayu.
SYARAT KHUSUS
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab Peperiksaan SPM 2020/2021/2022.
- Memperolehi sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Tasawwur Islam/Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Usul Al-Din/Al-Syariah/Manahij Al-‘Ulum Al Islamiah/Turath Al-Quran dan Al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah Peperiksaan SPM 2020/2021/2022.
- Memperolehi agregat tidak melebihi 14 mata untuk tiga (3) mata pelajaran terbaik Peperiksaan SPM 2020/2021/2022.
Cara Permohonan Tingkatan 6 KISAS SMAPL Online
1. Permohonan boleh diisi secara atas talian menerusi laman web https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/erayuan/calon_sbp.cfm
2. Surat tawaran kemasukan ke tingkatan enam Kisas dan SMAP Labu akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui emel.
NOTA:
a. Surat dan Lampiran Tawaran akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
b. Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan bertulis dan dihantar melalui e-mel.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran.
Semoga anda berjaya ditawarkan pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu ambilan 2026.


