Jadual Bayaran Elaun MARA 2025 (Semakan Kadar)

Jadual Bayaran Elaun MARA 2025 (Semakan Kadar). Berapa kadar bayaran MARA terkini? Berita baik buat pemohon yang telah membuat permohanan pinjaman MARA. Untuk makluman, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan dan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) tajaan MARA buat seramai 62,998 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di institusi pendidikan di dalam dan luar negara. Kenaikan Elaun Sara Hidup pelajar tajaan MARA akan berkuatkuasa bermula September 2022.

Jadual Bayaran Elaun MARA 2024 (Semakan Kadar)

Melalui pengumuman, kadar ESH baharu bagi pelajar dalam negara bermula minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan bagi bidang pengajian bermula peringkat Diploma sehingga Doktor Falsafah dan profesional. Manakala, pelajar luar negara pula, kadar ESH dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sebulan hingga maksimum RM7,600 sebulan bermula dari peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda hingga Doktor Falsafah dan profesional.

Jadual Bayaran Elaun MARA 2025 (Semakan Kadar)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang bayaran elaun MARA termasuk memaparkan tarikh bayaran dan semakan kadar MARA :

Apa Itu MARA?

Majlis Amanah Rakyat atau ringkasnya MARA adalah sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen. Dalam pendidikan MARA berperanan untuk menyediakan kemudahan pinjaman pelajaran kepada pelajar bumiputera yang layak pada pelbagai peringkat pengajian untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Tarikh Bayaran Elaun MARA

Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

Kadar Bayaran Pinjaman MARA Terkini

DALAM NEGARA – Dinaikkan daripada RM650 hingga RM950 sebulan di peringkat diploma hingga doktor falsafah dan profesional.

DI LUAR NEGARA – Dinaikkan minimum RM1,380 hingga maksimum RM7,600 sebulan bermula dari peringkat ijazah sarjana muda hingga doktor falsafah dan profesional.

ARTIKEL BERKAITAN : Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA

Cara Semak Kadar Dan Baki Pinjaman MARA

Untuk semakan kadar dan baki pinjaman MARA boleh dibuat secara online menerusi portal https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.

Soalan Lazim Tentang Pinjaman MARA

1. Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi ia hanya elaun untuk 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang selebihnya?

Jawapan : Elaun pertama dijana memang ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan. Elaun selebihnya sehingga tempoh semasa akan dijana pada hujung bulan berikutnya.

2. Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank cuma ada bayaran elaun sara hidup.

Jawapan: Pembayaran elaun sara hidup (DLES) adalah terus kepada akaun bank pelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajar tajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masing-masing.

3. Bilakah saya perlu membuat bayaran balik pinjaman pelajaran MARA?

Jawapan : Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA dijadualkan bermula bulan ke 7 selepas pelajar tamat tajaan. Bermula tahun 2017, MARA tidak lagi menghantar Jadual Bayaran Balik secara pos. Jadual Bayaran Balik boleh dicetak di sistem e-Baki yang terdapat di laman web MARA.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian :

  • MARA CALL CENTRE Talian Utama: 03-26132000 / 03-261 39093 / 39094 / 32243 / 32247 / 35084 / 35085 / 35086
  • BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA 03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32133 / 32178 / 32132 / 32397

BACA JUGA: Permohonan Biasiswa MARA Online

Leave a Reply