Semakan Baki Pinjaman MARA Online (e-Baki)

Semakan Baki Pinjaman MARA Online (e-Baki). Panduan buat pemohon yang telah membuat pinjaman pelajaran atau biasiswa MARA. Untuk makluman menerusi portal Majlis Amanah Rakyat MARA, kini terdapat satu sistem online yang dikenali sebagai e-Baki yang menyediakan untuk menyemak baki biasiswa atau pinjaman MARA secara dalam talian. Berikut adalah semakan baki pinjaman MARA menerusi sistem e-baki.

Semakan Baki Pinjaman MARA Online (e-Baki)

Semakan Baki Pinjaman MARA Online (e-Baki)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan baki pinjaman MARA termasuk aplikasi semakan :

1. Pemohon perlu layari ke laman Wmweb MARA di http://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.

2. Masukkan ID Pengguna / No. Kad  Pengenalan dan Kata Laluan yang didaftarkan ketika permohonan.

3. Klik pada butang ‘HANTAR‘. Maklumat baki pinjaman akan dipaparkan di halaman.

Nota : Bagi yang lupa kata laluan boleh mengemukakan semula password anda dengan masukkan alamat email anda.

Soalan Lazim e-Baki MARA

1. Soalan: Saya lihat di sistem e-Baki ada transaksi bayaran pada 14hb, tapi sekarang sudah 20hb masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.

Jawapan: Transaksi bayaran akan dikemaskini pada setiap pertengahan bulan. Lazimnya, bayaran dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan berikutnya.

2. Soalan: Saya sudah menerima elaun pertama, tapi ianya hanya elaun 6 bulan sahaja. Bilakah saya akan terima elaun bulan yang seberikutnya?

Jawapan: Elaun pertama telah ditetapkan pada kadar 6 bulan pertama tempoh tajaan.

3. Soalan: Saya lihat di sistem e-Baki, saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup (DLES) dan yuran (DLYD), tetapi kenapa di akaun bank hanya ada bayaran elaun sara hidup sahaja?

Jawapan: Biasanya, pembayaran elaun sara hidup (DLES) akan terus masuk ke akaun bank pelajar manakala bermula 1 September 2016 pembayaran yuran (DLYD) pelajar tajaan MARA di IPMa dan IPTS adalah terus kepada institusi pengajian masing-masing.

4. Soalan: Saya menerima amaun yuran (DLYD) di dalam akaun bank saya. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan seterusnya?

Jawapan: Bermula 1 September 2016, pembayaran yuran (DLYD) adalah terus masuk ke akaun bank bagi kumpulan pelajar tajaan MARA bagi pengajian Sarjana, Doktor Falsafah dan Professional ACCA.

5. Soalan: Saya lihat di sistem e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM4,200, tetapi kenapa di dalam akaun bank saya hanya menerima RM3,600 sahaja kurang daripada RM600?

Jawapan: Amaun potongan RM600 adalah potongan untuk bayaran balik Pinjaman Pendahuluan MARA yang ditolak secara direct dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan. Perkiraannya elaun sara hidup berjumlah RM100 dan darab 6 bulan dalam tempoh 6 bulan.

Nota : Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang soalan lazim e-Baki boleh klik pautan DISINI.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi MARA di talian seperti berikut ;

MARA CALL CENTRE

No. Tel : 03-26132000 / 03-261 39093 / 39094 / 32243 / 32247 / 35084 / 35085 / 35086

BAHAGIAN KAWALAN KREDIT MARA

No. Tel : 03-261 32286 / 32399 / 32131 / 32288 / 32133 / 32178 / 32397

INFO BERKAITAN :

● Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (eEduloan) Online

● Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2018 Online

Selamat membuat semakan pinjaman MARA menerusi sistem e-baki. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat pemohon.

Sumber – e-Baki

Leave a Reply

%d bloggers like this: