Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2024 Online

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2024 Online. Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan pengurangan pinjaman pelajaran MARA tahun 2024. Seperti mana anda tahu tanggungjawab untuk membayar hutang adalah satu amanah dan perlu segera diselesaikan. Namun, bagi peminjam pinjaman pelajaran MARA diberikan kelebihan untuk mengemukakan pengurangan bayaran balik mengikut pointer diperolehi masing-masing. Berikut adalah panduan untuk permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA.

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2024 Online

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ada menyediakan kemudahan Pinjaman Pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar Bumiputera yang melanjutkan pengajian bermula dari peringkat Persediaan Ijazah Pertama hingga ke peringkat Ijazah Tertinggi (PhD) di dalam dan luar negara.

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2024 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengurangan bayaran balik pinjaman MARA termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar pengurangan dan aplikasi permohonan :

Syarat Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA

Antara syarat-syarat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA seperti berikut :

1. Pelajar wajib lulus pengajian yang diikuti di bawah tajaan MARA.

2. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pengurangan bayaran balik seperti berikut :

  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd yang disahkan benar.
  • Salinan transkrip rasmi penuh yang disahkan benar.
  • Salinan Sijil/Diploma/Ijazah/Master/Phd disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun Kumpulan A dan Penghulu/Sidang/Jaksa Pendamai(JP)/Wakil Rakyat/Pegawai Dalam Perkhidmatan Perundangan & Kehakiman seperti Majistret/Peguam.
  • Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan borang pemohon.
  • Pemohon wajib membuat bayaran komitmen RM300 atas akaun Pinjaman Pelajaran MARA. Simpan slip bayaran anda untuk bukti permohonan nanti.
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Kelulusan Permohonan Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman MARA boleh disemak atas talian melalui sistem e-baki http://apps.mara.gov.my/ebakiv2

Kadar Pengurangan Pointer Pinjaman Pelajaran MARA

  • 3.5 above = bayaran balik 15% dari total pinjaman
  • 3.0 – 3.49 = bayaran balik 20% dari total pinjaman
  • 2.5 – 2.99 = bayaran balik 25% dari total pinjaman
  • 2.0 – 2.49 = bayaran balik 30% dari total pinjaman

Cara Mohon Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA Online

1) Capaian ke Sistem E-Conversion

i. Peminjam boleh memohon pengurangan kadar bayaran balik pinjaman MARA melalui sistem eBaki di pautan https://apps.mara.gov.my/ebakiv2.

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2024 Online

2) Log masuk

i. Pengguna perlu klik ikon dan skrin log masuk.

ii. Pengguna perlu login menggunakan Id dan Password yang telah didaftarkan di sistem E-Baki.

iii. Sekiranya lupa kata laluan, anda perlu klik butang Lupa Kata Laluan.

3) Skrin Butiran Pemohon

i. Pengguna baru perlu memasukkan melengkapkan butiran peribadi dan butiran pelajaran seperti di bawah.

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2024 Online

ii. Jika pengguna klik pada status ‘bekerja’ pengguna perlu melengkapkan butiran pekerjaan.

4) Skrin Butiran Pelajaran

i. Pengguna perlu melengkapkan butiran pelajaran seperti peringkat, tarikh mula & tamat dan institusi. Klik butang simpan.

ii. Pengguna perlu klik pada ‘upload dokumen’ untuk ke skrin seterusnya iaitu skrin upload pengguna.

iv. Pengguna perlu memuatnaik dokumen seperti skroll dan transkrip. Pastikan dokumen-dokumen yang dimuatnaik perlulah dalam bentuk format jpg, jpeg, png, gif atau pdf sahaja. Dan saiz dokumen tidak lebih dari 5mb. Klik butang ‘choose file’ untuk memilih dokumen di storan dan klik butang ‘upload’ untuk memuatnaik dokumen tersebut.

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2018 Online

5) Paparan Utama Pengguna

i. Skrin seterusnya adalah paparan penuh pengguna. Contoh adalah seperti di bawah. Pengguna perlu membuat semakan semua peringkat pengisian maklumat untuk pastikan semua maklumat sudah dilengkapkan.

Permohonan Pengurangan Pinjaman Pelajaran MARA 2020 Online

6) Panel Bayaran Komitmen Conversion

i. Bagi melengkapkan proses permohonan pemohon perlu memuatnaik resit bayaran bagi bayaran komitmen conversion dengan menekan butang ‘upload’.

ii. Pengguna perlu melengkapkan tarikh bayaran dan no rujukan atau no resit. Klik pada butang ‘choose file’ untuk memilih fail di storan dan klik butang ‘upload’ untuk memuatnaik fail tersebut.

iii. Permohonan yang telah lengkap akan diproses oleh pihak BKK. Pengguna boleh membuat semakan status dengan melihat icon ‘status’ dan panduan status. Contoh seperti di bawah.

iv. Contoh status permohonan telah diterima. Apabila status permohonan telah diterima, pengguna tidak boleh mengemaskini butiran pelajaran yang telah dihantar.

7) Cetak permohonan

Akan dipaparkan status bertanda right bagi permohonan yang telah diterima untuk diproses. Permohonan tersebut boleh dicetak untuk rujukan pengguna.

Nota :

1. Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA adalah bagi peminjam yang telah memiliki sijil transkrip akademik atau yang telah menghadiri majlis konvokesyen.

2. Bagi yang peminjam yang melanjutkan pengajian di bawah MARA dalam peringkat Ijazah boleh mengemukakan penangguhan bayaran balik. Manakala, bagi yang sudah bekerja boleh membuat permohonan bayaran balik segera.

Untuk keterangan lanjut sila emel ke econversion@mara.gov.my.

BACA JUGA:

Leave a Reply