Jadual Waktu MUET On Demand 2023 MoD (Registration). Bilakah tarikh daftar MUET On Demand tahun 2023? Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan MUET on Demand (MoD) tahun 2023. Untuk makluman, kini Majlis Peperiksaan Malaysia menyediakan peperiksaan Malaysia University English Test (MUET) secara Based On Computer yang lebih dikenali sebagai MUET on Demand. Dengan adanya MoD, anda tidak perlu lagi menunggu MUET biasa yang dijalankan pada sesi Mac, Julai dan November. Peperiksaan MUET dilaksanakan oleh MPM adalah sebagai syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan kemasukan ke Universiti Awam.

Jadual Waktu MUET On Demand 2023 MoD (Registration)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang MUET on Demand termasuk memaparkan tarikh dan masa serta komponen MUET :
Mulai bulan Jun tahun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia telah menambah kaedah pengelolaan Ujian Malaysian University English Test sedia ada, iaitu secara MUET on Demand yang diadakan secara Computer Based Test (CBT) dan juga Paper Based Test (PBT).
Standard kertas soalan MUET (Listening, Speaking, Reading, dan Writing) bagi kaedah MoD adalah sama dengan kaedah MUET sedia ada (MUET Sesi 1, MUET Sesi 2, dan MUET Sesi 3). Format Ujian MoD juga mengguna pakai Regulations, Test Specifications, Test Format, and Sample Questions MUET sedia ada.
Cara Daftar MUET on Demand 2023 (MoD) Online
Untuk menduduki Ujian MUET On Demand tahun 2023, calon perlu membuat pendaftaran MoD terlebih dahulu di laman web http://apps.mpm.edu.my/mod/public/register
Kalendar MUET On Demand 2023

Untuk dapatkan jadual waktu MoD dalam bentuk PDF sila muat turun melalui pautan https://www.mpm.edu.my/pautan-pantas/kalendar-peperiksaan/mod-2023
*Semua maklumat yang tertera tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia serta arahan dan syarat Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-6126 1600
No. Faks: 03-6138 9453
Portal MPM: www.mpm.edu.my
E-mel: psm@mpm.edu.my
BACA JUGA :