Tips Temuduga ke Universiti Awam/ Politeknik

Tips Temuduga ke Universiti Awam/ Politeknik. Anda calon temuduga kemasukan ke universiti awam sesi 2020/2021? Panduan buat pelajar yang memohon kursus pengajian yang mempunyai tanda ‘#’ temuduga. Sebelum itu anda sudah buat persiapan secukupnya untuk menghadiri temuduga UPU? Menerusi laman UPU, semakan panggilan temuduga UPU sesi akademik 2020/2021 boleh dibuat secara online mulai bulan April 2020 bagi lepasan SPM. Manakala, lepasan STPM akan diadakan pada Bulan Mei 2020. Berikut dikongsikan tips temuduga ke universiti awam sebelum dan semasa anda menghadiri temuduga.

Tips Temuduga ke Universiti Awam/ Politeknik

Tips Temuduga ke Universiti Awam/ Politeknik

Berikut dikongsikan adalah tips atau panduan temuduga ke Universiti Awam termasuk contoh-contoh soalan yang ditanya dalam temuduga UPU :

TIPS PERSEDIAAN TEMUDUGA KE UNIVERSITI AWAM/ POLITEKNIK

1. Semak dan buat kajian mengenai UA/ Politeknik dan pilihan program tersebut.

2. Bersopan santun ketika bercakap dengan panel penemuduga.

3. Buat persediaan jawapan kepada soalan standard yang akan ditanya.

4. Sediakan kesemua dokumen yang penting mengenai diri anda seperti resume, salinan kad pengenalan dan lain-lain.

5. Pilih pakaian dan kasut yang sopan dan kemas.

6. Seelok-eloknya datang awal ke temuduga. Jangan lewat.

7. Beri salam, senyum dan kekalkan eye contact yang sederhana dengan penemuduga.

8. Bercakap dengan tenang dan yakin.

9. Elakkan dari membalas pertanyaan dengan sepatah perkataan sahaja.

10. Memberi maklum balas dan bertanya soalan.

Tips Temuduga ke Universiti Awam/ Politeknik

Contoh Soalan Temuduga Universiti/ Politeknik

Berikut antara contoh soalan temuduga ke universiti awam sebagai panduan buat calon :

1. Mengapa anda memilih program pra-universiti /ijazah yang anda pohon dan apa yang anda seronok mengenainya?

2. Kenapa anda mahu mengambil kursus ini di universiti?

3. Mengapa bidang anda penting?

4. Mengapa anda memohon ke universiti ini?

5. Apa yang boleh membawa ke universiti ini?

6. Apakah perkembangan semasa yang paling penting dalam bidang anda?

7. Apa kemahiran yang telah anda diperolehi daripada kerja sambilan anda jika ada?

8. Ceritakan mengenai diri anda / Bagaimana anda menggambarkan diri anda?

9. Apa ciri-ciri yang anda punyai untuk mengikuti kerjaya pilihan anda?

ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Ujian MEdSI dan Temuduga UPSI

Punca Gagal Temuduga UPU

Antara faktor-faktor kegagalan dalam temuduga kemasukan universiti awam seperti berikut :

1. Lupa memberi ungkapan salam atau selamat pagi atau petang mengikut keadaa waktu.

2. Berpakaian tidak sesuai ketika menghadiri temuduga misalnya memakai pakaian terlalu terang atau menonjol atau mencolok mata.

3. Tidak eye contact ketika ditanya panel penemuduga kerana mungkin perasaan terlalu gementar.

4. Terus duduk tanpa diberikan keizinan oleh panel penemuduga.

5. Lupa membawa dokumen penting ketika menghadiri temuduga.

6. Menjawab soalan yang ditanya kurang cermat atau terlalu gopoh-gapah.

7. Menyatakan fakta yang tidak benar atau was-was kepada panel penemuduga.

8. Menyampuk percakapan atau pandangan daripada penemuduga.

BACA JUGA : Semakan Temuduga UPU 2020/2021 Online

Leave a Reply