Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor Sebanyak RM250/RM500 (Borang). Berita baik buat rakyat negeri Johor yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Johor mengumumkan satu bantuan khas iaitu Bantuan Ihsan Johor kepada rakyat yang bukan tergolong sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan sebanyak RM250 sehingga RM500 mengikut kriteria yang ditetapkan. Pemberian bantuan ini turut meliputi golongan M40 dan bukan warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor. Permohonan boleh dibuat dimana kerajaan negeri melantik pihak penyelaras untuk mengenalpasti golongan yang layak mendapat Bantuan Ihsan COVID-19 Johor.
Permohonan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor Sebanyak RM250/RM500 (Borang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Ihsan Johor termasuk memaparkan syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara mohon :
Tarikh Permohonan : Permohonan akan ditutup apabila PKP dan pandemik COVID-19 ini berakhir.
Syarat Kelayakan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor
Antara syarat-syarat kelayakan Bantuan Ihsan COVID-19 Negeri Johor adalah seperti berikut :
a. Warganegara atau bukan warganegara
b. Menetap di Negeri Johor
c. Pendapatan isi rumah yang berjumlah RM8,000 ke bawah yang tercicir daripada menerima BPN dan BSH.
d. Individu bujang yang bukan tanggungan keluarga dan 18 tahun ke atas layak menerima bantuan ini.
Kumpulan Sasar Layak Menerima Bantuan Ihsan Johor
Terdapat empat kumpulan sasar yang diberikan iaitu :
a. Orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
b. Orang perseorangan atau isi rumahnya yang ada menerima bantuan tetapi wajar dipertimbangkan untuk bantuan tambahan.
c. Lain-lain orang perseorangan atau isi rumah warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.
d. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Johor kepada isi rumah bukan warganegara Malaysia yang tinggal di negeri Johor yang terputus sara hidup akibat lanjutan tempoh PKP.
KADAR BANTUAN
RM250 Atau RM500 mengikut kriteria masing-masing.
Artikel Berkaitan : Permohonan Baharu dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional
Cara Mohon Bantuan Ihsan Johor
1. Wakil atau Penyelaras Pusat Saluran akan mengenalpasti mereka yang berkelayakan atau mereka yang berkelayakan boleh menghubungi wakil/penyelaras pusat saluran di kawasan masing-masing.
2. Wakil yang dilantik akan membantu orang perseorangan atau isi rumahnya yang tidak menerima apa-apa bantuan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri.
3. Tiada borang diperlukan tetapi beberapa maklumat diperlukan untuk wakil pusat saluran membuat permohonan. Borang yang tersebar adalah bagi kegunaan wakil sebagai panduan sahaja.
4. Setiap Pusat Saluran hendaklah memasukkan semua maklumat borang permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor.
5. Bagi pemohon yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional, maklumat borang permohonan TIDAK PERLU dimasukkan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Borang permohonan itu perlu dihantar ke Bilik Gerakan.
EJEN PUSAT SALURAN
Kerajaan Negeri Johor telah melantik Ketua Pusat Saluran untuk melantik Ejen Pusat Saluran bagi membantu individu atau isi rumah untuk membuat permohonan.
Pusat Saluran | Contoh Ejen |
Pejabat Menteri Besar | – YB Dato Zulkarnain Bin Haji Kamisan – YB Tuan Raven Kumar A/L Krishnasamy – YB Datuk Tee Siew Kiong |
Pejabat Daerah | – Penghulu – Ketua Kampung |
Pihak Berkuasa Tempatan | – Ahli Majlis – Ketua Jabatan PBT |
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri | Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri |
Semakan Status Bantuan Ihsan COVID-19 Johor
1. Keputusan setiap permohonan yang telah diterima sama ada berjaya atau pun gagal akan dimaklumkan melalui sistem e-IHSAN Johor kepada semua Pusat Saluran.
2. Borang permohonan yang BERJAYA, pembayaran akan dilakukan oleh pihak Perbendaharaan Negeri Johor secara Electronic Fund Transfer (EFT). Sekiranya tiada maklumat akaun bank, bayaran secara tunai akan dibuat melalui Pusat Saluran.
Nota : Keputusan setiap permohonan dan status pembayaran akan dimaklumkan kepada pemohon oleh Pusat Saluran berkaitan.
Soalan Lazim Bantuan Ihsan COVID-19 Johor
1. Adakah permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online)?
Tiada ppermohonan secara dalam talian (online).
2. Kenapa menggunakan wakil atau penyelaras pusat saluran?
Untuk memberi ruang kepada wakil/penyelaras pusat saluran mengenalpasti individu yang benar-benar layak untuk menerima bantuan ini.
3. Adakah individu bujang boleh memohon?
Boleh. Individu yang bekerja berumur 18 tahun ke atas dan bukan dalam tanggungan keluarga.
4. Berapakah jumlah gaji maksimum pemohon?
Pendapatan isi rumah yang berjumlah RM8,000 ke bawah yang tercicir daripada menerima BPN/ BSH.
5. Bagaimana proses kelulusan dilakukan?
Wakil akan mengenalpasti kumpulan sasar dan seterusnya mengemaskini dan melengkapkan Borang Permohonan. Pusat Saluran akan memasukkan maklumat permohonan ke dalam sistem e-IHSAN Johor. Sistem tersebut akan memaklumkan keputusan setiap permohonan kepada semua Pusat Saluran.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian Bilik Gerakan seperti berikut :
- No. Tel : 07- 266 6766
- Emel : ihsancovid19@johor.gov.my
Good Days!
How can I pass up the form after fill in?
Can Through E-mail? (because stay at home)
Which E-mail?
Thanks.
After PKP. Kalau tak bleh berikan kepada penghulu atau Ketua kampung.
Saya ada tanya penghulu, tapi ini jawapan dia
Sila print , Isi dan hantar kepada saya untuk pengesahan . Borang permohonan ini hendakkah dihntar sendiri ke
Pejabat daerah
Pejabat perlimen kawasan
Pejabat dun kawasan
Thanks for using my links to download the form. It reach 9k of clicks.
Terima kasih memudahkan orang. Min hanya sampai kan kepada umum.
Jika dapat bantuan bpn pelajar IPTA perlu isi borang dan hantar ke bilik gerakan ke ?
Saya family 3 saya mintak ni case RM 250—500/ Saya anek 2Toun ada.
slmt sejahtera,
nak tanya bagaimana cek status permohonan bantuan ihsan johor? bila tarikh pembayaran?
nak masuk ihsan.com.my pula kena login,
mcmne dptkan username dan pw
sekian trm kasih
Saya dah isi borang,tapi sampai sekarang belum ada apa2 berita??
Saya dh mohon3 bantuan i ehsan melalui online tp xde berita sampai sekrg blh bg pencerahan X tq
Assalamualaikum, saya nak mohon bantuan tambahan,saya ada anak sekolah enam org dan dua org masih kecil…….yg masih memerlukan pampers…….
Minta bantuan saya orang JOHOr ibu bapa meninggal dunia My contact number 0108234586