Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2024 Ujian Bertulis KAFA. Bilakah tarikh peperiksaan UPKK tahun 2024? Panduan buat calon atau ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah di Tahun 5. Untuk makluman, peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2024 akan diadakan bermula daripada 6 Januari hingga 9 Januari 2025. Peperiksaan UPKK 2024 hanya melibatkan calon UPKK 2024.

Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatan UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA). Setiap sukatan pelajaran UPKK diselaraskan sukatan pelajaran kokurikulum KAFA JAKIM. Keputusan UPKK diterima bagi kemasukan tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan.
Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2024 Ujian Bertulis KAFA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tententang jadual UPKK KAFA yang memaparkan tarikh ujian bertulis, amali dan lisan :
Buat pertama kali, peperiksaan UPKK menggunakan modul penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain menggantikan peperiksaan bertulis meliputi lapan subjek dengan tempoh dipanjangkan daripada 15 November sehingga 30 November 2021 akibat penularan kes wabak Covid-19.
Senarai Matapelajaran Yang Dinilai Peperiksaan UPKK
1. Al-Quran
2. Ulum Syariah (Aqidah & Ibadat)
3. Sirah
4. Adab (Akhlak Islamiyah)
5. Jawi dan Khat
6. Asas Luqhatul Quran
7. Penghayatan Cara Hidup Islam
8. Amali Solat
Tarikh Peperiksaan UPKK 2024
A. Ujian Amali Solat: 1 Julai – 28 Oktober 2024
B. Penghayatan Cara Hidup Islam: 1 Julai – 28 Oktober 2024
C. Ujian Lisan Tadarus & Tilawah Al-Quran: 29 Oktober – 29 November 2024
D. Ujian Bertulis
- Sirah: 8 Januari 2025
- Pelajaran Jawi dan Khat: 7 Januari 2025
- Adab (Akhlak Islamiyah) I & II: 6 Januari 2025
- Akidah: 6 Januari 2025
- Ibadah: 7 Januari 2025
- Bahasa Arab: 9 Januari 2025

Semakan Keputusan UPKK 2024 Online
Keputusan UPKK 2024 akan diumumkan bermula pada Mac 2025. Semakan UPKK 2024 boleh dibuat secara online menerusi laman web https://simpeni.islam.gov.my/
Gred Markah UPKK 2024
Berikut adalah skala atau gred markah peperiksaan UPKK yang terkini :
○ A : 80 – 100 (Tahap Cemerlang)
○ B : 60 – 79 (Tahap Baik)
○ C : 40 – 59 (Tahap Memuaskan)
○ D : 1 – 39 (Tahap Kurang Memuaskan)
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03 8870 7000.
Semoga adik-adik Tahun Lima dapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA tahun 2024.
BACA JUGA: Contoh Soalan Ujian Penilaian Kelas KAFA