Jadual Peperiksaan SPM 2022/2023 Sijil Pelajaran Malaysia (Tarikh Exam)

Jadual Peperiksaan SPM 2022/2023 Sijil Pelajaran Malaysia (Tarikh Exam). Bilakah tarikh peperiksaan SPM tahun 2022? Perhatian buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022. Menerusi makluman daripada portal Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP), jadual waktu peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 akan diadakan bermula pada 20 Februari hingga 15 Mac 2022. Calon boleh memuat turun jadual SPM tahun 2022 secara online menerusi portal www.moe.gov.my.

Jadual Peperiksaan SPM 2022/2023 Sijil Pelajaran Malaysia (Tarikh Exam)

Sijil Pelajaran Malaysia adalah peperiksaan terbesar buat pelajar Menengah Atas dimana ia penentu halatuju seseorang pelajar untuk melanjutkan pengajian di universiti awam. Selain itu, terdapat banyak jawatan di sektor perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan SPM untuk memilih jawatan kosong kerajaan.

Jadual Peperiksaan SPM 2022/2023 Sijil Pelajaran Malaysia (Tarikh Exam)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jadual waktu peperiksaan SPM yang mengandungi tarikh, masa dan kod subjek iaitu :

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2022

2022

2021

Jadual Peperiksaan SPM 2022 Sijil Pelajaran Malaysia (Tarikh Exam)
Jadual Peperiksaan SPM 2022 Sijil Pelajaran Malaysia (Tarikh Exam)

ARTIKEL BERKAITAN : Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran 2023

Amaran Peperiksaan Kepada Calon Peperiksaan SPM

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan atau bilik peperiksaan dilarang:

1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan atau bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan peperiksaan.

3. mendedahkan kertas peperiksaan atau jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan atau bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. menukar kertas peperiksaan atau jawapan peperiksaan dengan calon lain.

6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. membuat rujukan di luar dewan atau bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

9. membawa kertas atau skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan atau bilik peperiksaan.

Download Jadual Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2022

Calon boleh memuat turun jadual waktu peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2022 yang lengkap dalam bentuk PDF melalui pautan http://lp.moe.gov.my/lp/files/JWP/2022/JWP%20SPM_2022%20Terkini.pdf

BACA JUGA : Koleksi Soalan Percubaan SPM 2022 Seluruh Negeri

Leave a Reply

%d bloggers like this: