Jawatan Kosong UPNM 2022 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Anda sedang mencari pekerjaan di Universiti Awam? Peluang permohonan terbuka kepada pemohon yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tahun 2020. Untuk makluman, UPNM adalah sebuah Universiti Awam di Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ingin mempelawa calon yang berkelayakan membuat permohonan jawatan kosong UPNM secara online di laman web sistem e-recruitment UPNM. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Oktober 2020 jam 11.59 malam.
Jawatan Kosong UPNM 2022 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia termasuk memaparkan tarikh, senarai jawatan dan jumlah kekosongan :
Senarai Kekosongan Jawatan Ditawarkan Di UPNM
a. Pensyarah Universiti Gred DS51/53/VK7
Bidang : Linguistik (Bahasa Inggeris), Komunikasi Silang Budaya dan English As A Second Language
b. Setiausaha Pejabat Gred N29
Syarat Umum Permohonan Jawatan UPNM
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan Awam berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).
Cara Permohonan Jawatan Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2020
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia termasuk memaparkan senarai jawatan dan cara permohonan :
1. Pemohon perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat http://erecruitment.upnm.edu.my
dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temuduga; dan
2. Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas.
3. Bagi permohonan untuk jawatan akademik, Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Akademik
(UPNM.PEND.HRM.001). Borang tersebut boleh di dapati di laman web http://pendaftar.upnm.edu.my .
4. Borang yang lengkap diisi perlu di sertakan bersama salinan yang disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) bagi dokumen/sijil berikut:
a) Resume terkini
b) Kad Pengenalan
c) Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
d) Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
e) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri)
f) Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)
5. Satu set permohonan yang telah lengkap hendaklah di pos ke alamatkan berikut:
Unit Perjawatan, Pengambilan dan Laluan Kerjaya (Akademik)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
6. Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
7. Sila kemukakan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
8. Hanya pemohon yang memenuhi syarat skim, layak selepas tapisan dan di senarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
9. UPNM tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan ketika menghadiri temu duga.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:
- Jawatan Akademik – Encik Sazali bin Salim / Puan Normah binti Musa melalui telefon 03-90513400 samb 3070/4584/3575 atau emel: sazali@upnm.edu.my / normah@upnm.edu.my
- Jawatan Bukan Akademik – Puan Zaishamsuria Binti Samsudin / Puan Norashikin binti Yusuff / Encik Mohamad Noor Amirul Ashraf bin Osman melalui telefon 03-90513400 samb 3405/4566/4585 atau emel: suria@upnm.edu.my / norashikin@upnm.edu.my / amirulashraf@upnm.edu.my
Sumber : UPNM