Kalendar Cuti Sekolah 2026 Malaysia KPM (Takwim Persekolahan)

Kalendar Cuti Sekolah 2026 Malaysia KPM (Takwim Persekolahan). Bilakah tarikh cuti sekolah tahun 2026? Panduan buat pelajar dan ibu bapa untuk sesi persekolahan tahun 2026. Untuk makluman, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memaklumkan takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2026 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan KPM akan bermula pada 11 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan A dan 12 Januari 2026 hingga 31 Disember 2026 bagi negeri Kumpulan B. Tarikh cuti persekolahan ini merangkumi cuti peristiwa dan cuti umum seperti hari perayaan, hari keputeraan dan lain-lain.

Kalendar Cuti Sekolah 2026 Malaysia KPM (Takwim Persekolahan)

Takwim penggal cuti persekolahan 2026 dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut hari kelepasan mingguan negeri iaitu Kumpulan A dan B. KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2026 yang melibatkan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas. Dengan adanya takwim cuti sekolah ini secara tak langsung dapat membantu para pentadbir termasuk guru-guru dalam merancang aktiviti, majlis atau program agar lebih tersusun.

Kalendar Cuti Sekolah 2026 Malaysia KPM (Takwim Persekolahan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kalendar cuti sekolah yang memaparkan cuti pertengahan penggal 1, pertengahan tahun, penggal pertengahan 2 dan akhir tahun :

Tarikh Penggal Persekolahan Tahun 2026

KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu Tahun 2026

  • Cuti Penggal 1 : 20 Mac – 28 Mac 2026
  • Cuti Pertengahan : 22 Mei – 6 Jun 2026
  • Cuti Penggal 2 : 28 Ogos – 5 September 2026
  • Cuti Akhir Tahun : 4 Disember – 31 Disember 2026

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan, Labuan & Putrajaya Tahun 2026

  • Cuti Penggal 1 : 21 Mac – 29 Mac 2026
  • Cuti Pertengahan : 23 Mei – 7 Jun 2026
  • Cuti Penggal 2 : 29 Ogos – 6 September 2026
  • Cuti Akhir Tahun : 5 Disember – 31 Disember 2026
Kalendar Cuti Sekolah 2026

Download Jadual Cuti Persekolahan 2026 KPM

Bagi anda yang ingin mendapatkan takwim pindaan penggal persekolahan tahun 2026 dalam bentuk fail PDF, anda boleh muat turun di https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun2025-kalendar-akademi

Jadual Cuti Perayaan Sesi 2026

  • Tahun Baru Cina : 15, 16 & 19 Februari 2026 (Kumpulan A), 16, 19 & 20 Februari 2026 (Kumpulan B)
  • Hari Raya Aidilfitri : 19 Mac 2026 (Kumpulan A), 20 Mac 2026 (Kumpulan B)
  • Hari Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 & 31 Mei 2026
  • Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) : 1 & 2 Jun 2026
  • Hari Deepavali : 9 November 2026 (Kumpulan A), 10 November 2026 (Kumpulan B)

Untuk maklumat lanjut, sila layari ke laman web rasmi KPM.

BACA JUGA: Maksud Guru Interim, Guru Sandaran, Guru Ganti

Leave a Reply