Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2024 MAINPP (Keputusan)

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2024 MAINPP (Keputusan). Berita baik buat anak jati Pulau Pinang yang ingin membuat permohonan bantuan awal persekolahan tahun 2024. Untuk makluman, kini anda ditawarkan untuk membuat permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang (MAINPP). Borang permohonan ini boleh diambil di mana-mana kaunter yang berdekatan bermula 11 September sehingga 20 Oktober 2023.

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2023 MAINPP (Keputusan)

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2024 MAINPP (Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :

Tarikh Permohonan: 11 September – 20 Oktober 2023

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan Pulau Pinang 2024

Pemohon mesti memenuhi semua keperluan syarat-syarat bantuan awal persekolahan ini seperti di bawah :

SYARAT UMUM

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon adalah pemastautin atau penduduk di Negeri Pulau Pinang.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak yang bersekolah.

SYARAT TAMBAHAN

Syarat pendapatan serta tanggungan yang layak adalah seperti berikut :

  • Pendapatan kasar (termasuk elaun) dibawah RM1,800 dengan minimum 2 orang anak bersekolah.
  • Pendapatan kasar (termasuk elaun) dibawah RM2,500 dengan minumum 3 orang anak bersekolah.
  • Pendapatan kasar (termasuk elaun) dibawah RM2,750 dengan minimum 4 orang anak bersekolah.
  • Pendapatan kasar (termasuk elaun) dibawah RM3,000 dengan minimum 5 orang anak bersekolah.

Borang Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang

1. Borang permohonan Bantuan Awal Persekolahan ini boleh diambil di kaunter Zakat Pulau Pinang yang berhampiran.

2. Sila rujuk lokasi Pusat Zakat Pulau Pinang yang terdekat anda melalui laman web MAINPP :

  • Bandar Perda
  • Butterworth
  • Kepala Batas
  • GeorgeTown
  • Nibong Tebal
  • Bayan Baru
  • Balik Pulau
  • Ayer Itam

3. Borang yang lengkap diisi perlu dikembalikan selewat-lewatnya pada 20 Oktober 2023.

4. Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan iaitu;

  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Slip gaji atau pengesahan pendapatan pemohon dan isteri (jika bekerja).
  • Salinan sijil cerai/ sijil kematian/ surat akuan (jika pemohon ibu tunggal).
  • Surat pengesahan pelajar daripada pihak sekolah.
  • Salinan penyata akaun/ pengesahan akaun bank.
  • Surat pengesahan daripada JKM/ PERKESO/ Pencen (jika berkenaan).
Permohonan Bantuan Awal Persekolahan Zakat Pulau Pinang 2024 MAINPP (Keputusan)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Institusi Dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian 04 5498125/165/167/168.

BACA JUGA: Permohonan Bantuan IPT Zakat Pulau Pinang

Leave a Reply