Permohonan Simkad YES Data Percuma 40GB Belajar Di Rumah. Nak belajar online di rumah? Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak COVID-19 yang mengakibatkan kematian. Untuk makluman, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian (online) secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah kerajaan di Malaysia. Ibu bapa boleh memohon kad SIM prabayar 4G percuma daripada YES yang akan dihantar ke rumah penerima.

Ibu bapa akan menerima sehingga lima kad SIM prabayar 4G percuma daripada YES, iaitu satu untuk anak-anak mereka. Bermakna setiap ibu bapa akan menerima sehingga 200GB data percuma sekiranya mempunyai 5 orang anak bersekolah. Setiap kad SIM dilengkapi dengan pelan data bulanan 40GB yang sah selama 60 hari selepas pengaktifan. Kad SIM ini akan dihantar ke alamat rumah yang di daftarkan. Kad SIM yang diterima perlu diaktifkan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2020.
Permohonan Simkad YES Data Percuma 40GB Belajar Di Rumah
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Simkad YES Data Percuma 40GB termasuk memaparkan cara mohon :
Cara Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB
LANGKAH 1
- Sila ke laman YES YTL melalui pautan YES.
- Daftar dan klik pada ‘Yes, I Want a Free Sim Card’.

LANGKAH 2
Sediakan MyKad dan MyKid anak anda.
LANGKAH 3
Masukkan nombor MYKAD atau MYKID anak anda dan klik pada butang ‘VERIFY’.
LANGKAH 4
- Isikan maklumat dengan lengkap.
- Ambil selfie untuk pengesahan dan hantar permohonan anda.
Nota :
a. Setelah buat pendaftaran, anda perlu tunggu panggilan pengesahan dari YES dalam tempoh 24 jam.
b. Sekiranya, anda layak menerima Simkad YES akan dihantar ke alamat rumah dalam tempoh 3 hari bekerja.
Sumber : YTL