Kemaskini Permohonan UPU 2024/2025 Online Lepasan STPM/Setaraf

Kemaskini Permohonan UPU 2024/2025 Online Lepasan STPM/Setaraf. Nak buat pengemaskinian UPUOnline? Panduan buat calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf yang ingin membuat kemaskini permohonan UPU sesi akademik 2024/2025. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Universiti Awam dan ILKA telah tutup permohonan pada tarikh yang ditetapkan. Bagi pemohon kategori SPM, STPM dan STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga. Fasa pengemaskinian UPUOnline bagi lepasan SPM sesi 2024/2025 dibuka bermula daripada 1 Jun sehingga 9 Jun 2024. Manakala, bagi lepasan STPM/Setaraf boleh buat pengemaskinian UPU bermula pada 27 Julai hingga 2 Ogos 2024. Pengemaskinian UPUOnline boleh dibuat secara online menerusi laman web upu.mohe.gov.my.

Kemaskini Permohonan UPU 2024/2025 Online Lepasan SPM

Kemaskini Permohonan UPU 2024/2025 Online Lepasan STPM/Setaraf

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengemaskinian UPUOnline termasuk memaparkan tarikh dan cara kemaskini :

Pengemaskinian UPUOnline ini hanya bagi lepasan STPM atau Setaraf iaitu STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM. Kemaskini hanya boleh dibuat bagi program pengajian kecuali yang telah dipanggil temuduga atau ujian.

Manakala kategori Diploma atau Setaraf hanya boleh mengemaskini dengan memuat naik dokumen dan keputusan akademik sahaja.

Kemaskini Permohonan UPU 2024/2025 Online Lepasan SPM

Cara Pengemaskinian UPUOnline

1. Pemohon boleh buat pengemaskinian UPUOnline 2024-25 melalui laman web https://upu.mohe.gov.my/

2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.

3. Log masuk seperti biasa.

4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik sahaja.

5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

NOTA: Pemohon boleh mengemaskini pilihan program pengajian kecuali yang telah dipanggil temuduga atau ujian.

Soalan Lazim Pengemaskinian UPUOnline

1. Perlukah saya mengemukakan keputusan MUET yang saya perolehi kepada BKPA JPT bagi tujuan kemaskini keputusan tersebut?

Tiada keperluan untuk kemukakan keputusan MUET kerana pihak BKPT JPT akan membuat padanan data dengan Majlis Peperiksaan Malaysia.

2. Apakah perbezaan Fasa Permohonan dan Fasa Pengemaskinian?

Pada Fasa Permohonan, pemohon lepasan Matrikulasi/ Asasi akan mengisi maklumat peribadi dan pilihan program berdasarkan keputusan semester 1 (lepasan Matrikulasi/ Asasi), keputusan semester 2 (lepasan STPM) dan keputusan percubaan SPM jika ada lepasan SPM.

Pada Fasa Pengemaskinian pemohon hanya boleh membuat pilihan program Bukan Bertemuduga sahaja dan berdasarkan keputusan penuh peperiksaan.

3. Sekiranya pemohon menolak untuk hadir bagi sesi temuduga dari Institusi/Agensi, adakah pemohon dapat mengemaskini pilihan program pengajian pada Fasa Pengemaskinian?

Bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan STAM boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian kecuali program pengajian yang telah dipanggil temuduga.

Sebarang pertanyaan tentang pengambilan UPU, sila hubungi helpline UPU di talian 03 8870 8200.

BACA JUGA: UPU Pocket Aplikasi Permohonan, Kemaskini dan Semakan UPU

Leave a Reply