Senarai Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2024 (Degree)

Senarai Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2024 (Degree). Adakah anda pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma? Panduan buat anda yang ingin memohon pinjaman pelajaran atau bantuan kewangan untuk lanjutan pengajian di IPTA/ IPTS. Sepertimana anda tahu setiap tahun pinjaman pelajaran atau biasiswa akan dibuka bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi. Terdapat pelbagai organisasi sama ada agensi kerajaan mahupun syarikat korporat yang akan menawarkan bantuan pendidikan bagi pengajian Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree), Sarjana dan PHD. Bagi memudahkan pelajar, disini dikongsikan tawaran biasiswa bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Senarai Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2023 (Degree)
Kredit imej : societetraduction

Senarai Biasiswa Ijazah Sarjana Muda 2024 (Degree)

Berikut adalah senarai Biasiswa bagi pengajian di Universiti Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Pelajar boleh membuat semakan tawaran biasiswa yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing menerusi pautan di bawah.

Biasiswa JPA

Program penajaan JPA in dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, sains dan teknologi di negara Jepun Korea Perancis dan Jerman.

  • Tarikh : 19 Mac – 26 Mac 2018
  • Info Lanjut : Biasiswa JPA

Biasiswa PETRONAS 

Permohonan biasiswa PETRONAS 2018 terbuka kepada pelajar lepasan SPM yang berminat dalam Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang minyak dan gas.

  • Tarikh Tutup : 22 Mac 2018
  • Info Lanjut : Biasiswa Petronas

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2017 yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat pra-universiti dan Ijazah Sarjana Muda di luar negara.

  • Tarikh Tutup : 22 Mac 2018
  • Info Lanjut : Biasiswa YTN

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 

Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM 2017 yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat pra-universiti dan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

  • Tarikh Tutup : 22 Mac 2018

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad 

Biasiswa Permodalan Nasional Berhad adalah bagi pelajar yang berkelayakan untuk memohon Anugerah Biasiswa PNB Global 2018 untuk lanjutan ke luar negara.

  • Tarikh Tutup : 29 Mac 2018
  • Info Lanjut : Biasiswa PNB

Biasiswa Yayasan Sime Darby

Permohonan biasiswa Yayasan Sime Darby ini dikhususkan dalam bidang pengajian Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa.

  • Tarikh Tutup : 6 April 2018
  • Info Lanjut : Biasiswa YSD.

Biasiswa Shell Malaysia

Shell Malaysia membuka peluang dunia termasuk peluang untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di universiti peringkat teratas global, mengambil bahagian dalam mentoring, program biasiswa dan selepas tamat pengajian.

  • Tarikh Tutup : 25 Mac 2018
  • Info Lanjut : Biasiswa SHELL

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Luar Negara

Leave a Reply