Login eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online (WTD)

Login eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online (WTD). Nak semak wang tak dituntut? Untuk makluman, kini kerajaan telah melancarkan satu sistem online iaitu eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System yang memudahkan pendaftar menyemak Wang Tak Dituntut secara atas talian. Sistem tersebut boleh diakses terus di portal rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mulai 1 Januari 2020. Dengan adanya sistem ini, anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter JANM.

Login eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online (WTD)

Sistem eGUMIS turut menyediakan beberapa kemudahan antaranya iaitu bayaran serahan WTD melalui FPX, menyemak status serahan WTD, memuat turun resit serahan WTD dan banyak lagi. Selain eGUMIS, Jabatan Akauntan Negara turut menyediakan perkhidmatan semakan slip gaji melalui sistem e-Penyata Gaji.

Login eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online (WTD)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Wang Tidak Dituntut secara online melalui sistem eGUMIS termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Layak Menerima Bayaran Wang Tak Dituntut?

Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.

Permohonan tuntutan dibenarkan kepada pihak-pihak berikut:

(a) Empunya/pemilik WTD sendiri.
(b) Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka.
(c) Pelikuidasi yang mewakili syarikat/ firma yang sedang dalam proses penggulungan.
(d) Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah.
(e) Suruhanjaya Syarikat Malaysia/ Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/ firma yang bubar atau individu bankrap.

Kemudahan Portal eGUMIS

Portal eGUMIS menyediakan beberapa kemudahan seperti berikut :

  • Membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
  • Memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
  • Menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
  • Memuatturun resit serahan WTD;
  • Memuatturun surat kuiri serahan WTD;
  • Mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.

Semakan Wang Tidak Dituntut di Kaunter JANM

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.

2. Pastikan bawa Kad Pengenalan Diri/  MyKad dan serahkan di kaunter.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, sila hadir bersama Sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (Bank statement atau buku bank yang aktif untuk tujuan bayaran balik melalui kredit terus bank in).

5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.

6. Selepas dokumen dan borang lengkap diisi dan telah dihantar ke JANM. Duit akan DIMASUKKAN secara bank in terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.

Semakan Wang Tidak Dituntut Online eGUMIS

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut :

Langkah 1 : Semakan WTD secara online disediakan oleh pendaftar melalui portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut.

Nota : Permohonan tuntutan atas nama syarikat/firma hendaklah dibuat oleh syarikat/firma tersebut sahaja. Tiada bayaran dibenarkan kepada pengarah syarikat, pemegang saham, pekerja atau sebagainya kecuali perniagaan jenis milikan tunggal atau perkongsian boleh dibuat kepada pemilik perniagaan tersebut.

Senarai Semak Dokumen Diperlukan eGUMIS

Bagi membuat permohonan tuntutan WTD secara individu, ada beberapa dokumen yang diperlukan bagi tuntutan tersebut :

  • Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
  • Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang).
  • Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
  • Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
  • Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pejabat pendaftar WTD di alamat berikut:

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2056 8000
No. Faks : 03-2072 5707 /2026 7430

Leave a Reply