Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2020 (SPZAS IPT)

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2020 (SPZAS IPT). Anda sedang mencari bantuan pendidikan atau pinjaman pelajaran? Berita baik buat pelajar IPT khususnya anak jati Selangor yang ingin membuat permohonan pinjaman pendidikan untuk kemasukan IPTA/ IPTS. Untuk makluman menerusi portal zakatselangor, bagi yang berkelayakan dipelawa untuk membuat permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS IPT) 2018 akan dibuka mulai 25 November 2018 hingga 31 Januari 2019. Permohonan ini terbuka kepada pelajar IPT untuk pengajian separuh masa dan sepenuh masa. Pemohon boleh membuat permohonan ini secara dalam talian menerusi Portal Rasmi Zakat Selangor.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 (SPZAS IPT)

SPZAS adalah salah satu daripada bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor bertujuan meringankan beban kos pendidikan di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Keutamaan sumbangan ini khususnya kepada golongan berpendapatan pertengahan dengan menggunakan kaedah pengiraan Haddul Kifayah yang lebih adil.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2020 (SPZAS IPT)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor termasuk memaparkan syarat kelayakan, kadar bayaran, tarikh dan aplikasi permohonan :

Tarikh permohonan : 25 November 2018 hingga 31 Januari 2019

Syarat Kelayakan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

Antara syarat-syarat yang pemohon perlu memenuhi untuk permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor :

1. Beragama Islam.

2. Warganegara Malaysia.

3. Lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

4. Permohonan hanya untuk pelajar IPT dalam negara bagi semester dua dan ke atas sahaja di peringkat sijil/ pra universiti/ asasi/ matrik/ pra diploma/ diploma/ ijazah pertama/ sijil profesional dan ijazah sarjana.

5. Pendapatan seisi keluarga atau rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.

Kadar Sumbangan

i. RM700 bagi setiap peringkat pengajian yang dinyatakan di atas.

ii. Sumbangan adalah di bawah peruntukan Asnaf Fisabillah.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2018 (SPZAS IPT)

Cara Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2020 Online

1. Bagi pemohon yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan secara atas talian (online) di laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my/spzas.

Nota : Tempoh kelulusan dan bayaran sumbangan ini adalah dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Dokumen Perlu Disertakan

Terdapat lapan dokumen yang diwajibkan untuk setiap pemohon memuat naik sewaktu permohonan dilakukan iaitu:

1. Kad Pengenalan Pemohon

2. Kad Pengenalan Suami/Isteri/Penjaga

3. Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan Tanggungan Keluarga

4. Bil api/bil air

5. Slip gaji atau *Borang Pengesahan Pendapatan Terkini(Bagi yang tiada slip gaji)

6. Borang/Surat Pengesahan Belajar Terkini

7. Borang Pengesahan Permastautinan Terkini

8. Penyata Akaun Bank (Bagi Pengesahan No Akaun Bank)

9. Kad OKU (Jika Berkenaan)

10. Laporan Perubatan Sakit Kronik (Jika Berkenaan)

*Nota: Borang-borang ini boleh dimuat turun di www.zakatselangor.com.my/spzas.

Untuk keterangan lanjut, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.

Semoga anda berjaya mendapat tawaran pendidikan pengajian ini.

Sumber : Zakat Selangor 

Leave a Reply

%d bloggers like this: