Cara Permohonan Skim Perumahan Belia 2023 BSN MyHome-i (SPB). Anda ingin memiliki rumah idaman sendiri? Berita baik buat golongan belia yang berumur 25 tahun hingga 40 tahun dan sudah berumahtangga. Untuk makluman, kini anda boleh memiliki rumah idaman dengan harga RM100,000 hingga RM500,000 di bawah Skim Perumahan Belia BSN MyHome. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Skim Perumahan Belia dengan dapatkan borang permohonan di laman web BSN bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.
Skim Perumahan Belia atau ringkasnya SBP adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 25 hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan. Bank Simpanan Nasional telah menyediakan jumlah pinjaman sebanyak 100% daripada harga pembelian dan tambahan 5% daripada harga pembelian untuk membiayai insurans (MRTA).
Cara Permohonan Skim Perumahan Belia 2023 BSN MyHome-i (SPB)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Perumahan Belia (BSN MyHome) termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, ciri-ciri rumah dan aplikasi permohonan :
Tarikh Buka : 1 Januari 2020 – 31 Disember 2021
Syarat Kelayakan Skim Perumahan Belia (SPB)
Antara syarat-syarat Skim Perumahan Belia yang perlu diikuti adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Sudah berkahwin dan berumur 25 tahun sehingga 40 tahun
- Berpendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM10,000
- Terbuka kepada pembeli rumah pertama sahaja
Kelebihan dan Ciri-Ciri Skim Perumahan Belia
Antara ciri-ciri dan kelebihan Skim Perumahan Belia BSN adalah:
i. Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subsale.
ii. 100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.
iii. Kerajaan akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh dua (2) tahun dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju atau penjual.
HARGA HARTANAH
Minimum : RM100,000
Maksimum : RM500,000
TEMPOH PINJAMAN
Minimum : 5 tahun
Maksimum : 35 tahun
Cara Memohon Skim Perumahan Belia Online
1. Permohonan boleh dibuat secara online dengan muat turun borang permohonan di laman web rasmi BSN https://www.mybsn.com.my atau boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
2. Borang permohonan yang diisi dengan lengkap perlu disertakan bersama beberapa dokumen sokongan seperti berikut:
a. Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
b. Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
c. Salinan Kad Pengenalan
d. Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
e. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
f. Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
g. Salinan penyata KWSP
h. Surat pengesahan berkerja daripada majikan
i. Borang EA/ EC
j. Bagi yang bekerja sendiri, sila bawa dokumen berikut:
k. Borang B/BE dan Resit LHDN
m. Surat pendaftaran syarikat (SSM)
n. Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
Untuk pertanyaan lanjut tentang BSN MyHome-i, sila rujuk laman web www.mybsn.com.my.