Maksud Guru Interim, Guru Sandaran, Guru Ganti

Maksud Guru Interim, Guru Sandaran, Guru Ganti. Berminat menjadi seorang guru? Panduan buat anda yang ingin menceburi dalam bidang pendidikan. Sebelum itu, anda perlu tahu tentang maksud guru interim, sandaran serta ganti terlebih dahulu. Bagi anda yang ingin memohon Guru boleh membuat permohonan kemasukan ke UPSI atau menerusi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dibuka setiap tahun.

Maksud Guru Interim, Guru Sandaran, Guru Ganti

Maksud Guru Interim, Guru Sandaran, Guru Ganti

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Guru Interim, Guru Sandaran dan Guru Ganti termasuk memaparkan pengertian :

Maksud Guru Interim

Guru Interim bermaksud adalah penjawat awam yang bersifat sementara sehinggalah satu titik persetujuan atau perjanjian menjadi tetap dicapai.

  • Jawatan tersebut juga melalui pelantikan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi fasa ujian-ujian tertentu seperti penjawat awam biasa
  • Guru Interim juga seperti guru atau penjawat awam biasa dimana meraka layak mendapat ganjaran dari segi kewangan serta faedah sampingan yang sama.
  • Tidak mendapat status guru secara tetap seperti guru biasa dalam tempoh interim
  • Tidak akan mendapat status seinioriti serta ganjaran persaraan (gratiuiti) dari majikan
  • Jika diserap ke lantikan tetap, tarikh mulanya sebagai status tetap tertakluk kepada keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Maksud Guru Ganti

Guru Ganti pula bermaksud guru sementara yang tidak terikat dengan mana-mana ketetapan penjawat awam tetap.

  • Ianya hanyalah sekadar mengganti sementara guru-guru tetap bercuti kursus dalam jangka pandek atau cuti bersalin.
  • Rata-ratanya guru ganti terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan STPM yang tiada latihan ikhtisas/guru tidak terlatih dan dilantik secara kontrak

Maksud Guru Sandaran

Guru sandaran adalah seseorang yang bertugas di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesuatu tempoh untuk mengisi kekosongan jawatan guru. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu Guru Sandaran Terlatih Dan Tidak Terlatih Guru Sandaran Terlatih (GST).

Guru Sandaran Terlatih (GST)

  • Guru Sandaran Terlatih adalah guru yang telah menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan sebagai guru contohnya calon dari lepasan Institut Pendidikan Guru
  • Dikenali dengan GST dengan jawatan bergred DC41 dalam penjawat awam.
  • Lulus temuduga dengan SPA barulah status sebagai guru sandaran terlatih (GST) dibuang dan digantikan dengan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPS) dengan gred jawatan baru Guru DG41 (TETAP)
  • Jika ada ijazah dalam bidang kejuruteraan, anda boleh juga mohon jawatan di mana-mana Politeknik yang dikehendaki.

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

  • Guru Sandaran Tidak Terlatih merupakan seseorang yang tidak mempunyai apa-apa sijil, diploma mahupun ijazah dengan bidang berkaitrapat sebagai seorang guru.
  • Majoriti mereka berkhidmat sebagai Guru Ganti sahaja
  • Boleh ditamatkan kontrak pada bila-bila masa sahaja.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perguruan di Malaysia boleh rujuk KPM :

Laman Web : https://www.moe.gov.my/
No. Tel : +60-388706000
Emel : kpkkpm@moe.gov.my

Sumber : Viramon, CikguAyu

Leave a Reply